Page 218 - Geografi_Tingkatan_4
P. 218

15.4          LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN
                         MASALAH URBANISASI

             Proses urbanisasi mendatangkan kesan positif dan kesan negatif. Terdapat beberapa langkah yang
             boleh diambil bagi mengatasi kesan tersebut:

                           Membina lebih banyak rumah kos rendah dan rumah pangsa
             ●  Bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dan mengurangkan masalah setinggan,
               kerajaan perlu membina lebih banyak rumah kos rendah atau rumah pangsa.
             ●  Contoh Pantai Dalam di Kuala Lumpur, Hong Kong dan Wuhan (China).


                                           Mewujudkan bandar satelit
             ●  Pembinaan bandar satelit dapat mengurangkan tumpuan penduduk di pusat bandar, masalah
               perumahan, kesesakan jalan raya dan pencemaran.
             ●  Contoh bandar satelit Petaling Jaya bagi Kuala Lumpur dan bandar satelit Gurgaon bagi
               New Delhi (India).


                                           Mewujudkan kawasan hijau
             ●  Menanam lebih banyak pokok di kawasan bandar untuk mewujudkan suasana yang segar.
             ●  Pokok-pokok  akan  menyerap  karbon  dioksida  dan  membebaskan  oksigen  semasa  proses
               fotosintesis.
             ●  Contoh Taman Tasik Perdana di Kuala Lumpur, Taman Botani di Putrajaya, Hibiya Park dan
               Hama Rikyu, Tokyo (Jepun).

                                          Amalan pengangkutan lestari

             ●  Amalan pengangkutan lestari dapat mengurangkan pengeluaran asap kenderaan ke udara. Contoh
               menggunakan kenderaan elektrik/hibrid.
             ●  Berkongsi kereta ke tempat kerja dapat mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya.
             ●  Penggunaan pengangkutan awam seperti bas dan kereta api elektrik di Lembah Klang dapat
               mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian.
             ●  Menguatkuasa zon waktu kenderaan berat ke pusat bandar dapat mengurangkan kesesakan
               lalu lintas seperti London Park (England).


                              Membina jalan raya bertingkat dan lebuh raya ekspres
             ●  Pembinaan jalan raya bertingkat dan lebuh raya ekspres membolehkan pergerakan kenderaan
               menjadi cepat, pantas dan memendekkan masa perjalanan.
             ●  Contoh Bangkok (Thailand), Shanghai (China) dan Jacksonville (Amerika Syarikat).

                                  Mendalam dan melebarkan sungai serta parit

             ●  Saliran  perlu  dibersihkan  supaya  tidak  dipenuhi  dengan  sampah  sarap  yang  menghalang
               pergerakan air agar banjir tidak berlaku.
             ●  Contoh mendalam dan melebarkan Sungai Klang (Selangor), Sungai Paroi dan Sungai Linggi
               (Negeri Sembilan).



                                                      207
                                                      207
   213   214   215   216   217   218   219   220   221   222   223