Page 217 - Geografi_Tingkatan_4
P. 217
Banjir kilat
● Proses urbanisasi yang pesat boleh menyebabkan
kejadian banjir kilat. Kawasan bandar yang berturap,
menyebabkan larian air permukaan melebihi dari
kadar resapan ke dalam bumi.
● Longkang yang tersumbat tidak berupaya menampung
isipadu air yang banyak dan menyebabkan banjir
kilat berlaku.
● Contoh Dhaka (Bangladesh) dan Hanoi (Vietnam).
Foto 15.11 Banjir kilat
Kesesakan lalu lintas
● Pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya
menyebabkan kesesakan lalu lintas.
● Berlaku kerana sistem jalan bandar tidak dapat
menampung aliran trafik pada waktu puncak.
● Berlaku di bandar-bandar utama seperti Jakarta
(Indonesia), Bangkok (Thailand), Kuala Lumpur
dan Mexico City (Mexico).
Foto 15.12 Mexico City (Mexico)
Setinggan
● Kos rumah yang tinggi di kawasan bandar
menyebabkan wujud kawasan setinggan.
● Keadaan ini menyebabkan mereka membina
rumah di kawasan tanah rizab milik kerajaan
secara tidak sah.
● Contoh Hong Kong dan Manila (Filipina).
Foto 15.13 Manila (Filipina)
Masalah sosial
● Pengangguran dan kemiskinan menyebabkan berlakunya masalah sosial seperti vandalisme,
penagihan dadah, kesihatan dan sebagainya
15C
Apakah kesan jika proses urbanisasi tidak dirancang?
206
206

