Page 80 - Geografi_Tingkatan_4
P. 80
Kesan Kepada Alam Sekitar
Kesan Negatif
Kepupusan flora dan fauna
● Letusan gunung berapi akan menyebabkan kepupusan
flora dan fauna.
● Flora dan fauna yang berada di kawasan gunung berapi
akan musnah akibat terkena lava yang panas.
● Contoh Santa Ana (El Salvador), 2005 dan
Kilauea (Hawaii), 2018.
Foto 5.4 Hutan paya bakau musnah
Kemusnahan habitat flora dan fauna
● Kejadian tsunami, turut memusnahkan habitat flora dan fauna.
● Tsunami menyebabkan habitat flora dan fauna seperti hutan
paya bakau, ikan, udang dan ketam musnah.
● Contoh tsunami di Thailand, 2004 dan Jepun, 2011.
Foto 5.5 Gempa bumi dan tsunami,
di Jepun, 2011
Pencemaran alam sekitar
● Letusan gunung berapi menyebabkan pencemaran udara,
air dan tanih.
● Debu dan asap yang mengandungi sulfur dioksida, karbon
dioksida, debu serta habuk terampai yang terhasil semasa
letusan tersebut menyebabkan udara, air dan tanih tercemar.
● Contoh letusan gunung berapi Pinatubo (Filipina), 1991.
Foto 5.6 Letusan gunung berapi
Pinatubo (Filipina), 1991
Kesan Positif
Perubahan landskap
● Letusan gunung berapi menyebabkan perubahan
landskap terhadap kawasan sekitar.
● Pembentukan tasik genahar menghasilkan pandang
darat yang menarik di kawasan sekitarnya.
● Contoh Tasik Quilatoa (Equador) dan Tasik
Sete Cidades, Azores (Portugal). Foto 5.7 Tasik Quilatoa (Equador)
5B
Kita seharusnya bersyukur kerana Malaysia Apakah potensi yang boleh diusahakan akibat
terletak di luar Lingkaran Api Pasifik. perubahan landskap di kawasan gunung berapi?
69
69

