Page 81 - Geografi_Tingkatan_4
P. 81

5.5         LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN RISIKO
                       BENCANA TSUNAMI, GEMPA BUMI DAN
                       LETUSAN GUNUNG BERAPI


           Bencana tsunami, gempa bumi dan letusan gunung berapi perlu ditangani dengan pelbagai cara
           secara berhemah. Langkah awal perlu diambil bagi memastikan keadaan terkawal dan penduduk
           berada dalam keadaan selamat iaitu:



           Memasang alat pengesan tsunami
           ●  Kebanyakan negara di rantau Asia telah mengambil langkah
              berjaga-jaga dengan memasang alat pengesan tsunami yang
              dikenali sebagai Deep-ocean Assessment and Reporting of
              Tsunamis (DART).
           ●  Contoh memasang DART di kawasan perairan pantai yang
              berisiko mengalami tsunami.
           ●  Di Malaysia, DART ini dipantau oleh Jabatan Meteorologi
              Malaysia (MET).
           ●  Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) turut
              berperanan membantu masyarakat menghadapi bencana
              alam. Contoh menjalankan aktiviti ASEAN Committee        Foto 5.8  Deep-ocean Assessment and
              Disaster Management (ACDM).                                 Reporting of Tsunamis (DART)








           Mewujudkan zon penampan
           ●  Mewujudkan zon penampan untuk mengelakkan
             hakisan pantai semasa kejadian tsunami.
           ●  Menanam pokok bakau di sepanjang pesisir pantai
             seperti Bagan Lalang, Sepang (Selangor).



                                                               Foto 5.9  Penanaman pokok bakau di pesisir pantai


                Info
              •  Deep-ocean Assessment and Reporting of Tsunamis (DART) merupakan sejenis alat pengesan tsunami (boya).
                Boya ini dilengkapi dengan alat “tsunameter” untuk mendapatkan tekanan permukaan di dasar laut dan juga
                maklumat ketinggian ombak tsunami.
                                          (Sumber:  Meinig, Christian & Stalin, S & I. Nakamura, Alex & B. Milburn, Hugh, 2005)
              •  MET  merupakan  agensi  di  bawah  Kementerian  Tenaga,  Sains,  Teknologi,  Alam  Sekitar  dan  Perubahan  Iklim
                (MESTECC) yang dipertanggungjawabkan untuk membekalkan pelbagai khidmat meteorologi, iklim dan geofizik
                bagi memenuhi keperluan negara dalam perkhidmatan meteorologi, iklim dan geofizik untuk kesejahteraan,
                keselamatan dan pembangunan lestari.


                                                     70
                                                     70
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86