Page 178 - BAHASA MELAYU T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 178

Membaca

                                       Belangkas Sumber Rezeki
                                     Belangkas Sumber Rezeki
             Izzah mengikuti ayahnya ke Majlis Perasmian Pusat Pengumpulan Belangkas
             Seri Indah. Dia tertarik akan ucapan yang disampaikan oleh Pegawai Jabatan
             Perikanan dalam majlis tersebut.

             Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Encik Saiful bin Zin, Ketua
             Kampung Seri Indah, dan sekalian yang hadir.
                Terlebih  dahulu  saya  mengucapkan  tahniah  kepada  para  nelayan  yang  telah
             berjaya mewujudkan pusat pengumpulan belangkas ini.

             Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi,
                Bagi sesetengah orang, belangkas merupakan haiwan yang mengganggu nelayan
             kerana merosakkan jaring mereka. Namun begitu, tangkapan belangkas sebenarnya
             dapat menjanakan pendapatan yang lumayan. Dalam hal ini, Encik Azman bin Salihin
             ialah nelayan yang boleh kita contohi. Beliau pada awalnya hanya nelayan pinggir
             pantai yang menggunakan bot kecil. Kini, beliau menjadi nelayan yang berjaya setelah
             mengeksport belangkas ke luar negara. Sekarang, beliau telah mula menternak
             belangkas secara komersial pula.
                Nelayan  kampung  ini  wajar  mengambil  peluang  atas  kejayaan  Encik  Azman.
             Para nelayan boleh menjual belangkas di pusat pengumpulan ini. Syarikat milik Encik
             Azman pula akan mengeksport belangkas tersebut ke luar negara.

             Hadirin sekalian,
                Dengan ini, saya merasmikan pembukaan Pusat Pengumpulan Belangkas Seri
             Indah. Saya akhiri ucapan ini dengan dua rangkap pantun.
                  Burung undan di tepi perahu,                Dengan bingkas terbang bertiga,
                     Dengan bingkas terbang bertiga;             Di pohon ara hinggap sebaris;
                  Tuah badan siapalah yang tahu,              Tangkap belangkas untuk berniaga,
                     Tangkap belangkas untuk berniaga.           Di luar negara terjual laris.

                                                         Apakah pendapat
                                      sumber             Izzah tentang        Encik Azman seorang yang
                                  pendapatan nelayan     Encik Azman dan      _____ kerana _____.
                                       _______
                                       _______
                                                         perusahaannya?
                                     Belangkas                               Saya meramalkan
                               _______
                                              _______
                               _______  Sumber   _______                     perusahaan ini akan _____.
                                       Rezeki
                                                              kandungan  info    qr code    standard   ar code
                                       _______
                                       _______
                 Aktiviti                                                                   pembelajaran
             Baca teks. Kemudian, lengkapkan Peta Bulatan untuk membuat ramalan
             tentang perusahaan belangkas.
                                                              minda aktif  laman kreatif  uji minda   kbat
                 Nota Guru
                                                                           Unit
                      •  Bimbing murid membaca dan menganalisis maklumat berdasarkan bahan.
              2.3.1   •  Bimbing murid membuat ramalan.
                        Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme   KBAT: Menganalisis − Meramalkan         169
                        EMK: Nilai Murni − Rasional           nota guru  laman halaman rangsangan
   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183