Page 181 - BAHASA MELAYU T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 181

Tatabahasa
                                                                                     Ayat aktif
                                   Tingkatkan Ekonomi Bersama                        Ayat pasif
                                Tingkatkan Ekonomi Bersama
           Puan Zuraini, ibu Faris, mengusahakan perniagaan kuih-muih tradisional. Kuih
           tradisional seperti keria, nagasari, dan seri muka dibuat oleh beliau.
               Perusahaan itu dijalankan oleh semua ahli keluarganya. Dengan cara itu,
           mereka  dapat  mempertingkatkan  ekonomi  keluarga.  Puan  Zuraini  berniaga
           di gerai yang tersedia oleh pihak berkuasa tempatan. Jualan kuih mereka habis
           lebih  awal  pada  setiap  hari.  Para  pelanggan  sering  bersungut  kerana  tidak
           dapat membeli kuih kegemaran mereka.
               “Kita  mesti  memastikan  kuih-muih  kita  dapat  dinikmati  oleh  banyak
           pelanggan.  Tambahan  pula,  jenis  kuih  yang  lain  tidak  mampu  kita  tambah
           kerana kekurangan tenaga kerja,” kata Puan Zuraini kepada ahli keluarganya.
               Bagi mengatasi masalah itu, jiran ... .













           dipelawa                       dibantu                        terjual













           mempromosikan                  dipasarkan                     menubuhkan




                                  Munsyi Cilik
                               Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek
                               asal sebagai subjek baharu.
                               Contoh ayat pasif:                Contoh ayat aktif:
                               Kuih-muih             dijual               Faris.     Faris             menjual         kuih-muih.
                Aktiviti          (objek)      (kata kerja pasif)    (subjek)  (subjek)    (kata kerja aktif)      (objek)

           Kenal pasti ayat aktif dan ayat pasif. Kemudian, sambung cerita dengan
           membina ayat aktif dan ayat pasif daripada perkataan yang diberikan.
                     Nota Guru
                          • Bimbing murid memahami ayat aktif dan ayat pasif.
                   5.3.3  • Bimbing murid membina ayat aktif dan ayat pasif mengikut konteks.
          172               Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme       KBAT: Mengaplikasi − Membina
                           EMK: Keusahawanan
   176   177   178   179   180   181   182   183   184   185   186