Page 179 - BAHASA MELAYU T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 179

Menulis




                                             Pasar Pagi Unik
                                           Pasar Pagi Unik
           Sewaktu melayari Internet, Izzah terbaca forum tentang Pasar Pagi Kampung
           Guntong. Izzah tertarik untuk turut sama memberikan cadangan dalam forum
           tersebut.

           Forum Maya


                    Pasar Pagi Kampung Guntong terletak di Pasir Puteh, Kelantan. Pasar ini
                    dibuka pada hari Jumaat dari awal pagi hingga tengah hari. Lokasinya
                    unik kerana terletak di dalam kebun getah. Antara jualan di pasar ini
                    termasuklah barang terpakai, anak pokok, sayur-sayuran, dan mainan
             Gina   kanak-kanak. Barang-barang jualan kebanyakannya diletakkan di atas
                    hamparan tikar plastik.


                    Betul kata kamu, Gina. Saya juga pernah ke sana dengan keluarga.
                    Pada mulanya, sukar juga untuk kami sampai ke situ kerana tiada
                    papan tanda penunjuk arah. Setelah tiba, ayah saya menghadapi
                    masalah untuk mendapatkan tempat letak kereta pula.
            Logan
                        Semasa kami masuk ke kawasan pasar, matahari memancar terik.
                    Pasar  juga  telah  sesak  kerana  pengunjung  agak ramai.  Kami  perlu
                    berjalan secara berhati-hati agar tidak terlanggar akar pokok getah.


                    Saya bersetuju dengan pandangan Gina dan Logan. Semasa di sana,
                    saya pernah terfikir beberapa persoalan tentang Pasar Pagi Kampung
                    Guntong ini. Pertama, bagaimanakah pasar ini dapat mempertingkatkan
                    ekonomi penduduk setempat? Kedua, apakah perkara yang perlu

             Munir  ditambah baik untuk menarik lebih banyak pelanggan?
                        Rakan-rakan forum, boleh berikan cadangan?




                    _______
                    _______
             Izzah
                                                         kandungan   info   qr code     standard   ar code
                                                                                        pembelajaran
                Aktiviti

           Tulis jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif.
                                                         minda aktif  laman kreatif  uji minda   kbat
                     Nota Guru
                          • Bimbing murid menganalisis teks.          Unit
                   3.2.2  • Bimbing murid menghasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif.
          170              Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme       KBAT: Menganalisis − Membuat inferens
                           EMK: Keusahawanan             nota guru  laman halaman rangsangan
   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184