Page 211 - BAHASA MELAYU T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 211
TatabahasaTatabahasa
Peluang Kedua
Peluang Kedua
Dalam satu rancangan radio, Irfan mendengar kisah motivasi
seorang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
ayat Adila nama saya. Oleh sebab saya pegawai Jabatan Kebajikan
susunan Masyarakat yang dilantik, saya sentiasa mendampingi masyarakat.
songsang Pada suatu hari, kami menerima laporan tentang seorang lelaki
yang tidak terurus.
ayat
susunan Nama saya Adila. ___.
biasa
ayat Untuk berjumpa dengan lelaki itu, kami ke sana. Kami berikan
susunan segala bimbingan dan nasihat kepadanya. Membuahkan hasil
songsang usaha kami tersebut. Sejak hari itu, dia berazam untuk menjadi
seorang pembekal dan pengedar telur.
Pada hari ini, kehidupan lelaki itu sudah pun berubah. Setelah
mendapat peluang kedua, dia amat bersyukur. Sebagai tanda
kesyukuran, dia bertekad untuk membantu orang yang senasib
dengannya dahulu.
Aktiviti
Tukarkan ayat susunan songsang kepada ayat susunan biasa.
Nota Guru
• Bimbing murid mengenal pasti ayat susunan songsang dalam bahan.
5.3.4 • Bimbing murid membina ayat susunan biasa.
202 Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Membina
EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab

