Page 213 - BAHASA MELAYU T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 213

Membaca


                                   Tokoh Wartawan Negara
                                   Tokoh Wartawan Negara

           Irfan mengikuti ibunya ke majlis pelancaran buku. Di sana, dia mendengar
           ucapan Tan Sri Johan bin Jaaffar yang merupakan Tokoh Wartawan Negara.

           Yang saya hormati, pengacara majlis, yang saya raikan, penulis buku “Liku-liku
           Seorang Wartawan”, Encik Zainal bin Abu, dan seterusnya undangan sekalian.
           Pertama sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur yang
           mengundang saya hadir ke majlis pelancaran dan resensi buku ini.
           Hadirin sekalian,
              Bidang kewartawanan sebenarnya boleh mengangkat kredibiliti seseorang.
           Apabila seseorang wartawan mula menggarap berita, mereka harus menjadikan
           integriti sebagai nilai utama dalam pemberitaan mereka. Penulisan yang hanya
           mementingkan  retorik semata-mata tidak selari dengan  etika kewartawanan
           yang sebenar. Seseorang wartawan mesti menyemak sumber berita mereka dan
           memastikannya sahih.
              Beberapa dekad dahulu, wartawan dekat dengan masyarakat kerana akhbar
           berperanan sebagai wadah perjuangan. Namun begitu, pada era
           digital ini, syarikat akhbar perlu proaktif semasa melaporkan berita.
           Masyarakat kini lebih bijak menilai sesuatu berita kerana jaringan
           media sosial yang luas. Wartawan perlu mengintegrasikan
           media sosial untuk membina kepercayaan masyarakat.
              Akhir kata, saya dengan sukacitanya merasmikan
           buku “Liku-liku Seorang Wartawan” ini. Saya
           berharap semoga integriti kewartawanan
           akan terus mekar.
           Sekian, terima kasih.
















               Aktiviti


           Baca dan rujuk kamus serta media elektronik untuk mencari makna perkataan,
           sebutan yang betul, ejaan, dan penggunaan perkataan yang tepat.

                     Nota Guru
                          •  Bimbing murid membaca teks dan mengenal pasti perkataan yang berwarna merah.
                   2.1.2  •  Bimbing murid merujuk kamus serta media elektronik untuk mencari makna perkataan, sebutan
          204              yang betul, ejaan, dan penggunaan perkataan yang tepat.
                            Strategi PdP: Belajar Cara Belajar   KBAT: Mengaplikasi – Melaksanakan
                            EMK: Nilai Murni – Kejujuran
   208   209   210   211   212   213   214   215   216   217   218