Page 212 - BAHASA MELAYU T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 212

UNIT         Kejujuran Asas Jati Diri
                  27


             UNIT 1
                  Mendengar dan Bertutur


                                          Jujur kepada Ilmu
                                          Jujur kepada Ilmu
             Irfan dan Faris berbual-bual selepas selesai menjawab kuiz.


             Irfan:  Faris, kenapakah wajah kamu sugul? Ada yang tidak kena?
             Faris:  Saya sebenarnya rasa bersalah, Irfan.
             Irfan:  Mengapakah kamu berkata begitu? Kamu ada membuat apa-apa kesalahan?
                    Cuba ceritakan.
             Faris:  Begini, Irfan. Kelmarin, saya telah membuat nota ringkas untuk mata pelajaran
                    Sains. Saya amat yakin bahawa saya dapat menjawab kuiz tadi. Namun
                    begitu, tumpuan saya agak terganggu.
             Irfan:  Oh, begitu! Faris, saya fikir kamu agak tertekan.
             Faris:  Inilah yang membuatkan saya sangat kecewa. Saya hilang fokus semasa
                    menjawab kuiz tadi.
             Irfan:  Faris, kamu telah berusaha  dengan  bersungguh-sungguh.  Kamu  juga
                    telah menjawab kuiz dengan sejujurnya. Usaha yang jujur pasti akan
                    mendatangkan keberkatan. Yang penting, kita perlu jujur kepada ilmu.
             Faris:  Itulah yang saya fikirkan sekarang. Kita harus ____.
             Irfan:  Jadikanlah ini sebagai pengajaran untuk kamu lebih bersedia pada masa
                    hadapan, Faris.
             Faris:  Terima kasih, Irfan. Saya akan ____.
















                                  kandungan  info    qr code     standard  ar code
                                                                 pembelajaran
                 Aktiviti
             Bertutur untuk membuat rumusan dan ramalan.

                 Nota Guru        minda aktif  laman kreatif  uji minda   kbat
                     •  Bimbing murid menganalisis kandungan bahan.
                                               Unit
              1.2.1  •  Bimbing murid bertutur untuk membuat rumusan dan ramalan tentang sesuatu perkara secara
                       bertatasusila.                                                           203
                       Strategi PdP: KP – Interpersonal                    KBAT: Menganalisis – Merumus
                       EMK: Nilai Murni – Kejujuran  laman halaman rangsangan
                                  nota guru
   207   208   209   210   211   212   213   214   215   216   217