Page 122 - BUKU PENGURUSAN DASERA TERKINI 2019
P. 122
DASAR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
1. DASAR AM PENGURUSAN KELAS
1.1. Buku Jadual Kedatangan Murid (BJKM) dan e-Kehadiran
1.1.1. Semua butiran murid dalam BJKM hendaklah dilengkapkan dalam bulan pertama
persekolahan.
1.1.2. Tandakan BJKM pada setiap persekolahan sebelum pukul 9.00pagi.
1.1.2.1. Sila ambil perhatian terhadap murid yang datang lewat dan murid ponteng
sekolah.
1.1.2.2. Murid yang datang selepas 2 jam sesi persekolahan bermula masih dikira hadir
ke sekolah.
1.1.3. Tandakan BJKM seperti berikut:
1.1.3.1. Tandakan / sekiranya murid hadir.
1.1.3.2. Tandakan O sekiranya murid tidak hadir tanpa sebab.
1.1.3.3. Tandakan S dalam bulatan sekiranya tidak hadir bersebab (surat pengesahan
daripada ibu bapa/penjaga atau sijil sakit).
1.1.3.4. Tandakan L dalam bulatan sekiranya murid lewat sekolah (dikira hadir).
1.1.3.5. Tandakan K dalam bulatan sekiranya murid mewakili sekolah dalam apa-apa
aktiviti. (dikira hadir).
1. Tandakan G dalam bulatan sekiranya murid digantung persekolahan
(dikira
tidak hadir tetapi bukan ponteng).
1.1.3.7 Elakkan budaya comot. Cecair pemadam tidak boleh digunakan.Segala
kesilapan hendaklah dipotong dan ditandatangan ringkas.
1.1.4 Semua BJKM hendaklah sentiasa berada di pejabat sekolah dan ditanda selewat-lewatnya
sebelum jam 9.00 pagi setiap hari.
1.1.5. BJKM hendaklah ditutup tidak lewat dari 3 haribulan taip-tiap bulan berikutnya dan
semua butiran dalam bulan berkenaan hendaklah dilengkapkan.
1.1.6. BJKM akan disemak oleh GPKHEM setiap bulan dan menghantar data ke PPD sebelum 5
haribulan bulan berikutnya.
1.1.7 Data e-Kehadiran hendaklah diisi secara on line oleh guru tingkatan sebelum pukul 9.00
pagi atau data kehadiran dihantar ke pejabat sekolah untuk diisi oleh Pembantu Tadbir
secara on line.
1.1.8 Guru Tingkatan akan memasukkan data murid dan mengemas kini data kelas dalam
APDM.
1.2. Fail Peribadi Murid
1.2.1. Semua murid dari kelas Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 wajib mempunyai fail ini.
1.2.2. Guru Tingkatan perlu memastikan nama penuh murid, kelas, tahun dan nama guru
tingkatan ditulis pada helaian pertama fail. Sila pastikan setiap fail dilekatkan gambar
murid.
1.2.3. Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad pengenalan, keputusan
peperiksaan dalaman , keputusan peperiksaan awam dan lain-lain disimpan di dalam fail
ini dan fail sentiasa dikemas kini.
1.2.4. Buku Kesihatan Murid yang diuruskan oleh AJK Kesihatan akan disimpan di dalam fail
ini juga.
1.2.5. Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid telah menamatkan
persekolahan/bertukar sekolah.
1.2.6. Semua fail perlu disimpan di dalam bilik maklumat.
113

