Page 123 - BUKU PENGURUSAN DASERA TERKINI 2019
P. 123
1.3 Fail Kelas Guru Tingkatan
1.3.1. Semua surat murid, sama ada sijil sakit atau surat ibu bapa/penjaga bagi memaklumkan
ketidakhadiran murid disimpan di dalam fail ini.
1.3.2. Semua salinan surat amaran ponteng dan salinan surat gantung / buang sekolah yang
dikeluarkan juga disimpan di dalam fail ini.
1.3.3 Jika berlaku pertukaran guru tingkatan, fail ini hendaklah diserahkan kepada guru tingkatan
baru melalui Penyelaras Tingkatan.
1.3.4 Fail ini hendaklah diserahkan kepada kepada penyelaras tingkatan pada akhir sesi
persekolahan tahun berkenaan untuk disimpan disimpan di bilik maklumat sekolah.
1.4. Pendaftaran Murid Baru
1.4.1. Penyelaras Tingkatan mendaftarkan murid baru dengan memastikan Borang Pendaftaran
Murid dilengkapkan oleh ibu bapa/penjaga. Jika murid membawa bersama Borang
Maklumat Murid dari sekolah asal, sila pastikan maklumat adalah lengkap dan terkini.
1.4.2. Penyelaras tingkatan hendaklah merujuk Unit Pendaftaran Murid untuk mendapatkan
nombor pendaftaran
1.4.3. Guru tingkatan menerima murid baru dan nombor pendaftaran daripada penyelaras
tingkatan.
1.4.4. Guru Tingkatan akan memasukkan data pelajar-pelajar baru dan mengemaskini data kelas
APDM
1.4.5. Guru tingkatan menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang biasiswa dan
melaporkan kepada Guru Biasiswa.
1.4.6. Guru tingkatan mengenal pasti murid OKU yang berdaftar/murid BUKAN
WARGANEGARA dan memaklumkan kepada GPK HEM.
1.4.7. Guru tingkatan menyemak latar belakang murid jika anak yatim/pelajar miskin dan
memaklumkan kepada GPK HEM.
1.4.8. GPK HEM mendapatkan LAPORAN DISIPLIN, PLBS/ULBS, PEKA, Folio KH, PAFA,
dll berkaitan kerja kursus dari sekolah terdahulu melalui murid yang mendaftar masuk.
1.5. Buku Teks
1.5.1. Semua murid warganegara Malaysia layak menerima SPBT.
1.5.2. Guru tingkatan membantu Guru SPBT semasa urusan penerimaan dan pemulangan buku
teks.
1.5.3. Guru tingkatan membantu menyenaraikan nama murid yang tidak memulangkan buku teks.
1.5.4. Guru tingkatan mesti memastikan semua buku teks yang diterima murid dibalut dengan
kemas dan ditulis nama.
1.5.5 Guru tingkatan juga perlu mengingatkan semua murid agar tidak meninggalkan buku teks di
sekolah.
1.5.6 Murid dan waris dikehendaki menandatangani Surat Aku Janji Penerimaan Buku Teks serta
memperaku butiran yang terkandung di dalamnya.
1.5.7. Guru tingkatan juga mesti memastikan mana-mana muridnya yang bertukar sekolah ke
sekolah swasta, SBP atau Sekolah-sekolah di bawah anjuran MARA memulangkan semula
buku SPBT tersebut dengan mengikut tatacara yang telah ditetapkan
114

