Page 125 - BUKU PENGURUSAN DASERA TERKINI 2019
P. 125

   Murid bertugas mesti membersihkan kelas di bawah penyeliaan guru, menutup
                                    lampu dan kipas serta memastikan pintu kelas dikunci  sebelum meninggalkan
                                    kelas
                             1.7.7.   Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi tanggungjawab
                                         semua murid di kelas berkenaan untuk menggantikannya jika hilang atau rosak
                             1.7.8.   Guru tingkatan perlu mengambil perhatian terhadap perkara berikut:
                                   Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik
                                     dan selamat digunakan.
                                   Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru berkenaaan
                                     (Guru Perabot)
                                   Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan
                                     tugas dengan penuh dedikasi.
                                   Mengadakan tabung kelas dengan jumlah kutipannya terpulang kepada budi
                                     bicara guru dan kemampuan murid. Tabung kelas ini diwujudkan untuk tujuan
                                     membeli bahan-bahan keceriaan kelas. Kutipan boleh dilakukan oleh bendahari
                                     kelas .Wang lebihan pada akhir tahun hendaklah dipulangkan kepada murid atau
                                     kaedah yang sesuai. (Hal yang berkaitan dengan tabung kelas hendaklah
                                     diputuskan dalam mesyuarat kelas dan diminitkan)
                                   Wang kutipan untuk tabung kelas hendaklah dikawal selia oleh guru tingkatan.
                                     (simpanan, pengeluaran resit penerimaan wang, resit pembelian dan buku
                                     akaun).

               1.8.            Senarai Nama Murid Dalam Kelas (Awal Tahun)
                                1.8.1.   Guru tingkatan perlu menyediakan senarai tersebut mengikut format yang disediakan.
                                            Serahkan senarai ini kepada Penyelaras Tingkatan pada Minggu pertama sesi
                                            persekolahan .

               1.9.           Senarai Nama Murid Yang Tidak Melaporkan Diri/Tidak Hadir Tanpa Sebab
                               1.9.1.   Guru tingkatan menyediakan senarai nama murid yang tidak melaporkan diri kepada
                                           guru penyelaras tingkatan untuk dipastikan keberadaan murid. (pindah sekolah/ buang
                                           sekolah) Kumpulan murid ini ialah mereka yang tidak hadir ke sekolah sejak hari
                                           pertama persekolahan , tanpa sebarang surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit.
                                1.9.2.  Guru tingkatan mengambil tindakan dengan menghantar surat-surat amaran ponteng
                                           sekolah dan surat buang sekolah kepada ibu bapa atau penjaga mengikut tatacara yang
                                           telah ditetapkan.





















                                                           116
   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130