Page 126 - BUKU PENGURUSAN DASERA TERKINI 2019
P. 126

2.  DASAR AM PENGURUSAN DISIPLIN

               2.1.     Ponteng Sekolah
                          2.1.1.    Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak
                                       membawa surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya.
                          2.1.2.    Guru tingkatan hendaklah menandakan 0 dalam buku BJKM kelas (sila rujuk Nota 1.1.3).
                          2.1.3.    Jadual penghantaran surat kes Ponteng sekolah adalah seperti berikut:

                                                                          Ponteng Berkala/Tidak
                     Tindakan           Ponteng Berterusan
                                                                          Berurutan
                     Amaran 1           3 hari berturut-turut             10 hari
                     Amaran 2           7 hari selepas Surat Amaran 1     10 hari selepas Surat Amaran 1
                     Amaran 3           7 hari selepas Surat Amaran 2     20 hari selepas Surat Amaran 2
                     Buang Sekolah      14 hari selepas Surat Amaran 3    20 hari selepas Surat Amaran 3
                     Jumlah Keseluruhan  31 hari                          60 hari

                         2.1.4.    Semua surat amaran serta surat buang sekolah boleh didapati dari pejabat sekolah.
                         2.1.5.    Surat Amaran 1, 2, dan 3 serta gantung sekolah mesti diisi dalam 3/4 salinan dan
                                      ditandatangani oleh:

                        Amaran 1       Ditandatangani oleh GURU KELAS
                        Amaran 2       Ditandatangani oleh GURU KELAS
                        Amaran 3       Ditandatangani oleh GPKHEM
                        Buang Sekolah  Ditandatangani oleh Pengetua

                     Salinan Asal ( untuk ibu bapa/penjaga)
                     Salinan 1 ( untuk dimasukkan ke dalam Fail Am 435 )
                     Salinan 2 ( untuk dimasukkan ke dalam fail kelas guru tingkatan)
                     Salinan 3 (untuk kaunselor)
                     Salinan 4 (untuk unit disiplin jika kes berkaitan dengan disiplin)

                         2.1.6.    Surat Buang Sekolah MESTI DISERTAI DENGAN LAPORAN KAUNSELOR/
                                      LAPORAN GURU TINGKATAN/PKHEM (sesi perjumpaan/menghubungi ibu bapa) dan
                                      dihantar kepada GPKHEM untuk semakan teknikal sebelum ditandatangani oleh pengetua:
                                   Guru tingkatan menemui pengetua untuk berbincang tentang tarikh buang
                                     sekolah dan mendapatkan tanda tangan kelulusan  pengetua.
                                   Surat Buang Sekolah mesti diisi dalam 5/6 salinan
                                           Salinan asal ( untuk ibu bapa/penjaga)
                                           Salinan 1 ( untuk dimasukkan ke dalam Fail Am 435)
                                           Salinan 2 ( untuk dimasukkan ke dalam fail kelas guru tingkatan)
                                           Salinan 3 ( untuk kaunselor)
                                           Salinan 4 (untuk PPDR)
                                           Salinan 5 (JPN)
                                           Salinan 6 (untuk fail Unit Disiplin jika kes berkaitan dengan disiplin)

                           2.1.7    Guru tingkatan menyerahkan surat buang sekolah(salinan asal dan salinan lain) kepada
                                       pembantu pentadbir (pejabat sekolah) untuk tindakan seterusnya. Sementara, dua salinan
                                       lain untuk guru tingkatan dan kaunselor.
                               Nota: Catatan dibuat dalam Buku Kedatangan untuk surat seperti berikut:




                                                           117
   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131