Page 127 - BUKU PENGURUSAN DASERA TERKINI 2019
P. 127
AP: Amaran Pertama
AK: Amaran Kedua
AT: Amaran Terakhir
BS: Buang Sekolah (nama murid dikeluarkan daripada APDM dan daripada
senarai BJKM pada bulan berikutnya)
2.1.8. Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas surat amaran dikeluarkan:
Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu
bapa/penjaga
Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu
bapa/penjaga
Selepas Amaran 3, murid mestilah datang ke sekolah bersama sama ibu bapa/penjaga
dan berjumpa dengan GPKHEM/Kanselor sebelum dibenarkan masuk ke kelas
Murid yang digantung persekolahan hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah
berjumpa dengan GPKHEM dan sesi aku janji dilaksanakan oleh murid.
Murid yang dibuang sekolah hanya boleh dibenarkan bersekolah semula setelah
membuat rayuan dan diluluskan oleh pihak JPN. Murid yang dibuang sekolah hanya
dibenarkan masuk ke kelas setelah berjumpa dengan GPKHEM dan sesi aku janji
dilaksanakan oleh murid.
2.2. Buku Rekod Pengesanan Pelajar (BRPP)
2.2.1. Semua guru yang masuk ke kelas mesti memastikan kelas tersebut mempunyai BRPP
2.2.2. Ketua tingkatan akan mengambil pada waktu pagi di BILIK DISIPLIN. Ketua tingkatan
bertanggungjawab untuk memulangkan BRPP ke BILIK DIIPLIN semula selepas tamat
sesi persekolahan.
2.2.3 BRPP hendaklah sentiasa berada dengan ketua tingkatan dan diserahkan kepada guru mata
pelajaran yang masuk pada setiap waktu.
2.2.4. Guru yang masuk ke kelas mencatatkan bilangan murid yang berada di dalam kelas pada
masa tersebut dan menandatanganinya
2.2.5. Guru yang masuk ke kelas juga mestilah mencatatkan nama-nama murid yang keluar
kelas/lambat masuk kelas/ponteng kelas semasa guru mengajar.
2.2.6. Semua kes salah laku murid yang ringan mesti diambil tindakan oleh guru berkenaan
semasa waktunya.Hanya kes-kes sederhana berulang dan berat sahaja perlu dicatatkan
dalam BRPP untuk tindakan Guru Disiplin
2.2.7. Jika kes berat yang memerlukan tindakan segera, buat catatan dalam BRPP dan terus
maklumkan kepada Ketua Guru Disiplin/GPK HEM.
2.2.8. Ketua Guru Disiplin (Penyelaras BRPP) akan menyemak BRPP dan mengambil nama
murid yang bermasalah untuk tindakan selanjutnya.
2.2.9. Penyelaras BRPP hendaklah menyusun BRPP mengikut susunan minggu/ bulan dan
disimpan dengan baik dan selamat di dalam bilik disiplin untuk memudahkan rujukan
pada masa hadapan.
2.2.10. Penyelaras BRPP juga hendaklah menyediakan analisis salah laku murid pada setiap akhir
penggal 1 dan 2. Salinan analisis hendaklah diserahkan kepada GPKHEM dan Pengetua.
2.3. Pas Keluar Kelas
2.3.1. Semua guru hendaklah mendapatkan pas kebenaran keluar daripada GPKHEM pada awal
tahun.
2.3.2. Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas, berjumpa guru dan sebagainya
mesti memakai pas berkenaan.
2.3.3 Selain kecemasan (cth:keperluan buang air besar yang mendesak), pas keluar kelas tidak
berfungsi ketika “waktu larangan” keluar kelas.
2.3.4. Guru-guru berhak menegur, menahan dan meminta murid balik ke kelas untuk
mendapatkan pas daripada guru mata pelajaran (atau guru kelas sebelahnya jika tiada
guru).
118

