Page 79 - MQA DOKUMEN
P. 79
Ijazah Sarjana Doktor Falsafah sejarah (KUIM)
MQA-02 (Mohon Akreditasi Penuh) JULAI 2017
BIDANG 8 : KEPIMPINAN, GOVERNAN DAN PENTADBIRAN
8.1 GOVERNAN
8.1.1 Segala dasar dan amalan fakulti adalah tertakluk kepada Peraturan
Tatatertib dan Surcaj Pegawai KUIM. Walaubagaimanapun Fakulti diberi
kelonggaran dari sudut tatacara pengurusan dan semua
penambahbaikan terhadap amalan baik KUIM perlu mendapat kelulusan
PPT. Sebagai contoh dalam penstrukturan baru carta organisasi yang
dibuat dalam fakulti. Fakulti juga perlu merujuk kepada pelan strategik
KUIM sebagai panduan pembangunan.
8.1.2 Penyelaras bertanggungjawab terhadap segala dokumen berkenaan
program dan juga rekod pelajar serta perlu memastikan kandungan
program tersebut sentiasa relevan dan membuat pengemaskinian data
pelajar setiap semester. Penyelia pula bertanggungjwab terhadap
kemajuan penyelidikan setiap pelajar.
8.1.3 Mesyuarat bermula dari mesyuarat Jabatan Ijazah Tinggi peringkat fakulti
yang dijalankan 2 kali setahun, kemudian diikuti oleh Mesyuarat Panel
Kajian yang dijalankan mengikut keperluan program, Mesyuarat
Jawatankuasa Pengajian Ijazah Tinggi, Mesyuarat Tetap Senat
Siswazah, Mesyuarat Tetap SENAT KUIM seperti jadual di bawah.
Bil. Kategori Mesyuarat Kekerapan
1 Mesyuarat Jabatan Ijazah Tinggi peringkat 2 kali setahun
fakulti
2 Mesyuarat Panel Kajian Mengikut keperluan
program
3 Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Ijazah 4 kali setahun
Tinggi
4 Mesyuarat Tetap Senat Siswazah 4 kali setahun
5 Mesyuarat SENAT KUIM 4 kali setahun
8.1.4 Dekan, Timbalan Dekan dan Ketua Jabatan mempunyai autonomi untuk
membuat keputusan mengikut bidang kuasa masing-masing tetapi
sekurang-kurangnya perlu memaklumkan perihal keputusan tersebut di
dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Ijazah Tinggi. Contohnya
102

