Page 80 - MQA DOKUMEN
P. 80
Ijazah Sarjana Doktor Falsafah sejarah (KUIM)
MQA-02 (Mohon Akreditasi Penuh) JULAI 2017
agihan subjek, pengurusan program Akademik, program latihan
tambahan untuk pelajar dan penjadualan kuliah. Manakala hal-hal
berkaitan pembangunan kurikulum perlu disahkan di dalam Mesyuarat
Senat Tetap Siswazah.
8.1.5 Otonomi yang diberikan ialah mengikut amalan baik KUIM melalui
piawaian atau had (Buku Panduan Pekerjaan dan Displin KUIM) yang
telah ditetapkan oleh Pengurusan KUIM. Jika ianya menjangkau lebih
dari itu maka ianya perlu dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Pengajian Ijazah Tinggi.
8.1.6 Fakulti akan merujuk kepada unit alumni dan unit jaringan industri di
dalam proses analisis keperluan pasaran dan unjuran kemampuan
mendapatkan pekerjaan dalam proses pembangunan dan penyemakan
program. Fakulti akan mengambil kira perubahan dan penambahbaikan
yang perlu ke dalam pembangunan program.
8.1.7 Setiap jawatankuasa peringkat dalaman melibatkan wakil dari pensyarah
sebagai ahli jawatankuasa dan pelajar sebagai pembantu. Ini dilakukan
kerana ianya sebahagian dari proses pembelajaran terutamanya kepada
pelajar. Sebagai contoh penglibatan pelajar di dalam penyelidikan
samada sebagai penyelidik bersama mahupun sebagai pembantu
penyelidik, penulisan, penerbitan dan jaringan industri yang melibatkan
pihak berkepentingan.
8.2 Kepimpinan Akademik Program
8.2.1 Dekan fakulti dilantik melalui kelulusan mesyuarat pengurusan eksekutif
(MPE) dan diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah KUIM.
Berikut adalah deskripsi tugas Dekan Fakulti:
i. Bertanggungjawab kepada Timbalan Naib Canselor Akademik,
Pembangunan dan Antarabangsa (APA) bagi menjalankan urusan
berkaitan program siswazah.
ii. Menentukan struktur program berkenaan.
iii. Menentukan kesesuaian kandungan kursus untuk program berkenaan
dari masa ke semasa.
iv. Membantu dalam mengatur jadual kelas, perjumpaan dan peranan
subjek program.
103

