Page 81 - MQA DOKUMEN
P. 81
Ijazah Sarjana Doktor Falsafah sejarah (KUIM)
MQA-02 (Mohon Akreditasi Penuh) JULAI 2017
v. Menyelaraskan sesi seminar dan bengkel.
vi. Mencadang pemeriksa luar untuk dilantik.
vii. Mengurus laporan pemeriksa luar.
viii. Menilai dan mengemukakan cadangan untuk kemajuan program ini dari
masa ke semasa.
ix. Bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul di
peringkat program berkenaan.
x. Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
8.2.2 Struktur pengurusan program akademik ini diketuai oleh Dekan Fakulti,
dan di bantu oleh Ketua Jabatan Ijazah Tinggi. Ketua Jabatan Ijazah
Tinggi akan bertanggungjawab dalam proses pembangunan dan
pengembangan program. Manakala penjadualan, agihan kursus, taburan
jam mengajar dan menyelaras perjalanan program akan
dipertanggungjawabkan kepada penyelaras program .
8.2.3 Ketua Jabatan dan penyelaras dilantik melalui cadangan Dekan Fakulti
dan dibawa ke dalam Mesyuarat Pengurusan Eksekutif untuk kelulusan.
Ketua Jabatan dan Penyelaras Program dilantik mengikut kelayakan dan
kepakaran mereka dalam program pengajian berkenaan.
8.2.4 Pengambilan dan latihan staf akan diurus tadbir oleh pihak pentadbiran
berdasarkan kepada unjuran keperluan staf daripada dekan fakulti. Unit
promosi akan membuat aktiviti-aktiviti promosi bagi pengambilan
kemasukan pelajar berdasarkan peruntukan sumber daripada Pejabat
Bendahari dan proses pemilihan pelajar tertakluk kepada fakulti dan
pengesahan daripada SENAT KUIM.
8.2.5 Penilaian akan dibuat setiap tahun melalui penilaian prestasi pemimpin
program. Bagi ketua jabatan timbalan dekan merupakan penilai pertama
manakala dekan merupakan penilai kedua. Bagi dekan pula, penilai
pertama adalah pengarah akademik dan penilai kedua adalah Timbalan
Naib Canselor Akademik, Penyelidikan dan Inovasi (API).
8.2.6 Pembinaan persekitaran yang kondusif berdasarkan kepada penerapan
inovasi dan kreativiti melalui lawatan-lawatan ke pusat siswazah di IPT
dan menyediakan platform cambahan idea dan kreativiti.
104

