Page 27 - MQA DOKUMEN
P. 27
Ijazah Sarjana Doktor Falsafah sejarah (KUIM)
MQA-02 (Mohon Akreditasi Penuh) JULAI 2017
Pertemuan antara Panel Jawatankuasa Kajian dengan pensyarah Institut Pengajian
Siswazah akan meneliti dari aspek kandungan kurikulum, penyesuaian topik-topik
semasa, penambahan buku-buku rujukan terkini dan penilaian bentuk-bentuk latihan.
Selepas mendapat maklumbalas, teguran dan pandangan dari Panel Jawatankuasa
Kajian, pihak Institut Pengajian Siswazah akan mengambil tindakan terhadap
perkara -perkara yang disarankan dalam pertemuan tersebut.
i) Pembinaan bahan pengajaran
Pembangunan silibus Ijazah Doktor Falsafah Sejarah mengambilkira
kepakaran pensyarah/penyelia di mana topik-topik bidang kajian di samping
menentukan kaedah pengajaran dan penilaian pelajar. Buku-buku rujukan
utama dan tambahan lain juga dikenalpasti bagi menjamin kualiti
pelaksanaan Ijazah Doktor Falsafah Sejarah.
ii) Pengawalan dan penggunaan bahan pengajaran
Semua bahan pengajaran yang berkaitan seperti perancangan kajian, proses
kajian, perkembangan dan penilaian kajian dimasukkan ke dalam fail utama
Institut Pengajian Siswazah dan pensyarah/penyelia dan akan diagihkan
kepada pensyarah dan pegawai yang berkenaan sahaja.
Pensyarah/penyelia berkenaan akan memastikan bahan-bahan pengajaran
difailkan,dikemaskini dan jika berlaku pertukaran pensyarah/penyelia maka
bahan tersebut akan diserahkan kepada pensyarah/penyelia baru.
iii) Pembaikan bahan pengajaran
Pada setiap akhir semester pelajar diminta memberi penilaian terhadap
pengajaran.
Contoh : Borang penilaian kursus dan pensyarah
Setelah borang kursus ini diisi dengan lengkap oleh pelajar-pelajar ia akan
dianalisa dan digunakan sebagai asas untuk meningkatkan kualiti pelajaran
dan pembelajaran.
iv) Pembinaan bahan penilaian
51

