Page 71 - MQA DOKUMEN
P. 71

Ijazah Sarjana Doktor Falsafah sejarah (KUIM)
 MQA-02 (Mohon Akreditasi Penuh) JULAI  2017
               sentiasa dikemaskini mengikut keperluan semasa.
          iii.   Memastikan kemudahan ICT mencukupi untuk kelas pembelajaran

 6.1.15   Pihak Kolej Universiti akan sentiasa memastikan nisbah calon dan kemudahan ICT yang disediakan mencukupi
          dari semasa ke semasa.

 6.1.16   Kemudahan yang disediakan:

           i.   Ruang melayari internet tanpa wayar
           ii.   Bilik komputer untuk pencarian maklumat

 6.1.17    Kemudahan untuk OKU

          Masih dalam perancangan pihak Kolej Universiti jika ada keperluan.

 6.2      Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

 6.2.1    Keupayaan  penyelidikan  dan  pembangunan  yang  dijalankan  di  KUIM  akan  mengambil  kira  kekuatan  dari
          beberapa sudut faktor :


           i.   Kemampuan perpustakaan dalam menyediakan bahan-bahan rujukan yang berautoriti  seperti buku-buku
               akademik terkini, jurnal akademik , monograf, tesis/disertasi dan prosiding

          ii.   Keupayan  ICT  yang  disediakan  oleh  pihak  KUIM  kepada  para  pensyarah  dalam  mendapatkan  bahan-
               bahan rujukan daripada internet dan sebagainya.
          iii.   Kelayakan  akademik  pensyarah  yang  tinggi  juga  menjadi penyumbang  kepada  keupayaan  penyelidikan

               dan pembangunan.


 6.2.2  Pihak  KUIM  juga  akan  menumpukan  sasaran  penyelidikannya  kepada  disiplin  pengajian  Islam,  pengurusan
        perniagaan, hospitaliti dan  sains kesihatan.  Secara umumnya  perancangan  penyelidikan dan pembangunan  ini
        akan  dilaksanakan  secara  berperingkat  dengan  mengambil  kira  beberapa  faktor  seperti  sumber  manusia,

        kewangan dan prasarana.


 6.2.3  Penyelidikan dan pembangunan yang direncanakan di KUIM juga akan mengambil kira piawaian Higher Education
        Provider (HEP). Hujahnya, pihak KUIM akan sedaya upaya mengikut prosedur, piawaian dan keperluan bidang
        kajian  yang  diperlukan.  Dengan  piawaian  daripada  HEP  ini,  pihak  KUIM  akan  mewujudkan  penyelidikan  yang

        dijalankan selaras dengan pengajaran dan pembelajaran.

 6.2.4  Inisiatif yang akan diambil oleh pihak KUIM dalam melibatkan pelajar dalam penyelidikan yang dijalankan ialah

        dengan mewujudkan sistem R.A (Research Assistant) yang biasanya diamalkan di IPT tempatan. Para pensyarah
        yang berkenaan akan mengenalpasti keupayaan dan kemampuan pelajarnya dalam membantunya menyiapkan
        penyelidikan yang dijalankan. Pelbagai insentif akan diberikan seperti pembayaran elaun dan pembiayaan yuran

        pengajian.





                                                           95
   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76