Page 73 - MQA DOKUMEN
P. 73
Ijazah Sarjana Doktor Falsafah sejarah (KUIM)
MQA-02 (Mohon Akreditasi Penuh) JULAI 2017
dilakukan di dalam sistem pengurusan akademik dan perubahan tanda aras KUIM. Program lawatan ini akan
diteruskan memandangkan ianya amat penting dalam membantu KUIM untuk membentuk dasar dan
perlaksanaan dasarnya.
6.4.4 Perlaksanaan pertukaran pendidikan ini mengambilkira persefahaman yang telah dicapai dan ditandatangani
didalam Memorandum Persefahaman dengan rakan IPT dalam dan luar negara. Peruntukan kewangan ada
dinyatakan di dalam bajet tahunan KUIM.
6.5 Peruntukan Kewangan
6.5.1 Pejabat Bendahari bertanggungjawab dalam urusan kewangan dan perbendaharaan KUIM. Setiap PTj di KUIM
akan menyerahkan draf belanjawan masing-masing kepada Bendahari untuk dipertimbangkan mengikut keperluan
dan keutamaan. Kelulusan sebarang pembelian produk atau perkhidmatan berdasarkan bajet yang telah
ditetapkan oleh pihak KUIM adalah seperti berikut :
i) ≤ RM 1,000.00
Kelulusan Pejabat Bendahari KUIM
ii) ≤ RM 20,000.00
Kelulusan Naib Canselor KUIM
iii) RM 20,000.00 < X ≤ RM 200,000.00
Kelulusan Jawatankuasa Kecil Sebutharga
iv) RM 200,000.00 < X ≤ RM 500,000.00
Kelulusan Jawatankuasa Sebutharga
v) > RM 500,000.00
Kelulusan Lembaga Tender
6.5.2 Peruntukan kewangan Institut Pengajian Siswazah tertakluk kepada bajet tahunan yang telah diluluskan oelh
Lembaga Pengarah KTIM iaitu terdiri daripada perbelanjaan untuk mengendalikan program, emolumen staf IPS
dan lain-lain perbelanjaan berkaitan manakala lain-lain peruntukan adalah di bawah tadbir urus fakulti seperti
emolumen penggajian dan lain-lain yang berkaitan.
6.5.3 Setiap program mempunyai bajet masing-masing mengikut keperluan program tersebut. Sekiranya
perbelanjaan melebihi daripada bajet yang telah ditetapkan maka Pejabat Bendahari KUIM dengan kelulusan
Mesyuarat Pengurusan Eksekutif KUIM akan membuat tambahan peruntukan supaya program tersebut dapat
berjalan dengan lancar.
97

