Page 74 - MQA DOKUMEN
P. 74
Ijazah Sarjana Doktor Falsafah sejarah (KUIM)
MQA-02 (Mohon Akreditasi Penuh) JULAI 2017
BIDANG 7 : PEMANTAUAN DAN SEMAKAN SEMULA PROGRAM
7.1 Mekanisme Pemantauan Dan Semakan Program
7.1.1 Fakulti mempunyai kaedah untuk menganalisa prestasi pelajarnya berdasarkan analisa dibentangkan di dalam
Senat. Antaranya ialah:
i. Analisa Keputusan Peperiksaan (Laporan Kemajuan Pelajar)
ii. Analisa Penilaian Pengajaran (Laporan Pembentangan Pelajar)
Ini dilakukan bagi mengenalpasti pencapaian objektif serta pencapaian hasil pembelajaran sesebuah program.
7.1.2 Jabatan dan jawankuasa program akan menjalankan kajian terhadap graduan yang telah tamat pengajian dan
berada di dalam industri untuk tempoh tiga hingga lima tahun bagi melihat kesesuaian kerjaya dengan bidang
pembelajaran, prestasi pembelajaran dan kemahiran insaniah yang telah diterapkan ketika mengikuti pengajian
dalam program ini.
7.1.3 Berdasarkan kepada analisa pencapaian tersebut proses perubahan diambil jika Senat mencadangkan supaya
diadakan penambahbaikan terhadap kurikulum. Langkah ini diteruskan dengan membawa perkara ini untuk
dibincangkan bersama dalam Jawatankuasa Panel Kajian dan cadangan perubahan akan dihantar ke MQA untuk
kelulusan pindaan kurikulum.
7.1.4 Tindakan pemantauan dan semakan semula ini diambil bagi memastikan para pelajar mendapat manfaat yang
sebenarnya melalui penilaian hasil pembelajaran agar ianya mencapai objektif yang ditetapkan.
98

