Page 72 - MQA DOKUMEN
P. 72
Ijazah Sarjana Doktor Falsafah sejarah (KUIM)
MQA-02 (Mohon Akreditasi Penuh) JULAI 2017
6.2.5. Unit Penyelidikan dan Perundingan bertanggungjawab dalam menguruskan aktiviti penyelidikan seperti
permohonan geran penyelidikan dalaman dan seminar berkaitan penyelidikan. Unit ini diketuai oleh seorang Ketua
Unit dan dibantu oleh seorang Timbalan dan seorang pembantu tadbir.
i. Ketua Unit : Ustaz Rahisam Bin Ramli
ii. Timbalan : Puan Hamidah Bt Norman
iii.Pembantu Tadbir : Cik Nur Fateha Binti Jazlan
6.2 Kepakaran Pendidikan
6.3.1 KUIM melibatkan staf akademiknya secara aktif dalam pembangunan program yang mempunyai kepakaran dalam
disiplin masing-masing yang telah dinyatakan secara jelas dalam Bidang 2 : Reka Bentuk dan Penyampaian
Kurikulum, perkara 2.1.
6.3.2 KUIM mempunyai perancangan perkembangan staf akademiknya dan ianya mengambilkira keperluan kepakaran
yang diperlukan dalam penawaran sesebuah program akademik. KUIM juga mempunyai sebuah unit yang
diwujudkan khas iaitu Unit Kualiti dan Akreditasi. Unit ini ditubuhkan untuk memastikan KUIM mempunyai aspirasi
sebuah Universiti iaitu menjalankan penyelidikan dan pembangunan berasaskan keperluan “niche area” Kolej
Universiti. Keperluan kewangan di dalam perkara ini dinyatakan dalam bajet tahunan KUIM.
6.4 Pertukaran Pendidikan
6.4.1 KUIM mempunyai beberapa rakan akademik dalam dan luar Negara. Melalui persefahaman yang terjalin diantara
IPT ini ianya membantu KUIM dalam merancang dan membentuk kaedah di dalam pembangunan sesebuah
program akademik. Melalui kerjasama ini juga KUIM dapat mengenalpasti tanda aras yang perlu dicapai bagi
memastikan produk yang dihasilkan dapat memenuhi kehendak pasaran semasa. KUIM juga melaksanakan
program Profesor Pelawat dan pertukaran pensyarah bersama rakan IPT dalam dan luar Negara melalui
Memorandum Persefahaman yang telah ditandatangani bagi memberikan pengalaman baru kepada pelajar dan
pensyarahnya, terutama dari sudut pengajaran dan pembelajaran serta pengamalan sistem pengurusan
akademiknya.
6.4.2 Perkara ini dihebahkan kepada pelajar dan pensyarah melalui majlis perhimpunan bulanan, mesyuarat, memo,
laman web KUIM, Introspeksi (terbitan berkala KUIM).
6.4.3 KUIM juga telah melawat dan menerima ramai tetamu dari rakan IPT dalam dan luar Negara. Hasil dari ini KUIM
mendapat beberapa pengalaman baru bagi melaksanakan perancangan akademiknya. KUIM juga telah berjaya
menganjurkan lawatan selama seminggu yang disertai oleh Pengurusan Tertinggi KUIM dan 20 orang Mahasiswa
ke Universiti Sriwijaya, Palembang, Indonesia, lawatan Pengurusan Tertinggi ke Universiti Andalas, IAIN Padang,
IAIN Acheh, IAIN Jambi , IAIN Padang . Lawatan ini dilakukan bagi mengenalpasti perubahan yang perlu
96

