Page 75 - MQA DOKUMEN
P. 75
Ijazah Sarjana Doktor Falsafah sejarah (KUIM)
MQA-02 (Mohon Akreditasi Penuh) JULAI 2017
7.1.5 KUIM menggunakan hasil maklumbalas dari semakan semula untuk memastikan pelajar mengikuti haluan yang
telah ditetapkan serta mencapai visi dan misi serta “niche area” KUIM. Maklumbalas dari semakan semula ini juga
penting dalam membangunkan program-program akademik KUIM pada masa akan datang.
7.1.6 Di dalam program semakan semula ianya bermula dari Jawatankuasa di peringkat Fakulti kemudian dibentangkan
dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi, Jawatankuasa Panel Kajian, Jawatankuasa Program dan akhirnya ke
Senat.
7.1.7 Tujuan proses ini dijalankan ialah bagi menghalusi maklumbalas semakan semula perlu dinyatakan bahawa
Jawatankuasa Panel Kajian, Jawatankuasa Pengajian dan Senat mempunyai wakil dari rakan IPTA dalam
Negara. Perlantikan luar ini dilakukan ialah untuk mendapatkan pandangan dari mereka yang arif dalam bidang
yang berkenaan bagi menilai maklumbalas semakan semula dan mengenalpasti pencapaian hasil pembelajaran.
7.1.8 Proses semakan semula kendiri ini banyak membantu di dalam mengawal haluan untuk mencapai piawaian yang
telah ditetapkan. Kelemahan boleh dikenalpasti melalui analisa yang dilakukan. Penambahbaikan perlu dilakukan
ke atas kelemahan ini kerana ianya penting dalam mencapai hasil pembelajaran dan objektif kurikulum serta misi
dan visi KUIM.
7.1.9 Antara mekanisme yang dilakukan ialah Bahagian Hal Ehwal Pelajar KUIM akan menghubungi graduan yang
dipilih secara rawak untuk mengenalpasti prestasi graduan melalui edaran borang kaji selidik. Melalui maklumat
dari borang kaji selidik itu pihak KUIM akan membuat lawatan ke pejabat majikan yang terpilih untuk mendapatkan
prestasi graduan. Melalui maklumbalas dari graduan dan majikannya, KUIM akan dapat mengenalpasti kesan
hasil dari proses semakan semula kurikulum.
7.2 Penglibatan Pihak Berkepentingan
7.2.1 Antara pihak berkepentingan yang dirujuk dalam proses pemantauan dan penyemakan program adalah
pensyarah, pelajar, majikan, industri dan panel kajian. Maklum balas yang diberikan oleh pihak berkepentingan
tersebut secara langsung dan tidak langsung akan diambil kira.
7.2.2 Pandangan pihak berkepentingan akan dipertimbangkan oleh jawatankuasa semakan dan pantauan program
untuk tindakan penambahbaikan.
7.2.3 Fakulti akan membentangkan laporan hasil penilaian program dalam Mesyuarat Tetap Senat Siswazah dan
Mesyuarat SENAT KUIM.
7.2.4 Maklumbalas yang diperoleh daripada pihak berkenaan akan dipertimbangkan dalam semakan program yang
seterusnya.
99

