Page 76 - MQA DOKUMEN
P. 76

Ijazah Sarjana Doktor Falsafah sejarah (KUIM)
 MQA-02 (Mohon Akreditasi Penuh) JULAI  2017

 7.2.5  Tidak berkaitan.

 BIDANG 8 : KEPIMPINAN, GOVERNAN DAN PENTADBIRAN

 8.1      GOVERNAN


 8.1.1  Segala  dasar  dan  amalan  fakulti  adalah  tertakluk  kepada  Peraturan  Tatatertib  dan  Surcaj  Pegawai  KUIM.

        Walaubagaimanapun  Fakulti  diberi  kelonggaran  dari  sudut  tatacara  pengurusan  dan  semua  penambahbaikan
        terhadap  amalan  baik  KUIM  perlu  mendapat  kelulusan  PPT.  Sebagai  contoh  dalam  penstrukturan  baru  carta
        organisasi yang dibuat dalam fakulti. Fakulti juga perlu merujuk kepada pelan strategik KUIM sebagai panduan

        pembangunan.


 8.1.2  Penyelaras bertanggungjawab terhadap segala dokumen berkenaan program dan juga rekod pelajar serta perlu
        memastikan  kandungan  program  tersebut  sentiasa  relevan  dan  membuat  pengemaskinian  data  pelajar  setiap
        semester. Penyelia pula bertanggungjwab terhadap kemajuan penyelidikan setiap pelajar.


 8.1.3  Mesyuarat bermula dari mesyuarat Jabatan Ijazah Tinggi peringkat fakulti yang dijalankan 2 kali setahun, kemudian
        diikuti  oleh  Mesyuarat  Panel  Kajian  yang  dijalankan  mengikut  keperluan  program,  Mesyuarat  Jawatankuasa

        Pengajian  Ijazah  Tinggi,  Mesyuarat  Tetap  Senat  Siswazah,  Mesyuarat    Tetap  SENAT  KUIM  seperti  jadual  di
        bawah.


         Bil.               Kategori Mesyuarat                        Kekerapan
         1    Mesyuarat  Jabatan  Ijazah  Tinggi  peringkat  2 kali setahun

              fakulti
         2    Mesyuarat Panel Kajian                           Mengikut keperluan
                                                               program

         3    Mesyuarat  Jawatankuasa  Pengajian  Ijazah  4 kali setahun
              Tinggi

         4    Mesyuarat  Tetap Senat Siswazah                  4 kali setahun
         5    Mesyuarat SENAT KUIM                             4 kali setahun



 8.1.4   Dekan, Timbalan Dekan dan Ketua Jabatan mempunyai autonomi untuk membuat keputusan mengikut bidang

        kuasa  masing-masing  tetapi  sekurang-kurangnya  perlu  memaklumkan  perihal  keputusan  tersebut  di  dalam
        Mesyuarat  Jawatankuasa  Pengajian  Ijazah  Tinggi.  Contohnya  agihan  subjek,  pengurusan  program  Akademik,
        program  latihan  tambahan  untuk  pelajar  dan  penjadualan  kuliah.  Manakala  hal-hal  berkaitan  pembangunan

        kurikulum perlu disahkan di dalam Mesyuarat Senat Tetap Siswazah.


                                                           100
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81