Page 82 - MQA DOKUMEN
P. 82

Ijazah Sarjana Doktor Falsafah sejarah (KUIM)
 MQA-02 (Mohon Akreditasi Penuh) JULAI  2017
 2.0    Penumpuan bidang program

 Berdasarkan kepada  program yang ditawarkan iaitu  Ijazah Sarjana Doktor Falsafah Sejarah , ia memberi gambaran
 bahawa dalam disiplin sejarah ini mempunyai beberapa cabang pengkajian yang boleh dikaji oleh pelajar seperti Sejarah
 Alam Melayu, Pensejarahan,Sejarah Melayu, Sejarah Malaysia dan lain  – lain lagi . Oleh yang demikian, pelajar boleh
 memilih bidang pengkhususan yang diminati untuk dijadikan penyelidikan ilmiah mereka.



 3.0    Strategi untuk mengukuhkan dan mengekalkan kekuatan program

 Bagi mengukuhkan kekuatan program ini maka terdapat beberapa strategi yang perlu diikuti  antaranya :

 3.1.   Melantik panel kajian yang mempunyai kelayakan dan pengalaman dalam bidang sejarah untuk mendapat
        maklum balas, pandangan dan teguran dari masa ke semasa.

 3.2.   Melantik penyelia yang berkelayakan untuk menyelia calon-calon pengajian ini.

 3.3.   Membuat pertemuan dan perbincangan dengan panel jawatankuasa kajian untuk proses pemantapan dan
        pengemaskinian kandungan kurikulum serta mendapatkan pandangan dan nasihat.

 3.4.   Memastikan bahawa program yang ditawarkan ini mematuhi pekeliling yang telah dikeluarkan oleh pihak Agensi
        Kelayakan Malaysia (MQA) iaitu menepati Standard Ijazah Sarjana dan Kedoktoran.



 4.     Langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah


        Terdapat beberapa langkah yang perlu diutamakan pelaksanaannya :

 4.1.   Menyediakan penyelia yang berkualiti yang diukur dari aspek kepakarannya, bidang penulisannya,
        penyelidikannya dan sumbangannya pada bidang akademik.


 4.2.   Menambah jumlah buku-buku yang terkini untuk rujukan pelajar.

 4.3.   Memantau dan menyelia mahasiswa dengan penulisan yang mengikut format tesis yang telah ditetapkan.

 4.4.   Memastikan borang penilaian majikan dikembalikan kepada pihak fakulti supaya dapat dinilai prestasi kemajuan
        mahasiswa tersebut.



 5.0    Cadangan penambahbaikan program



 5.1.   Penyelaras Program yang terkini : Dr Mohd  Afendi bin Daud.



 5.2.    Panel Kajian terkini :

        1) Professor Dr.  Ishak bin Saat, Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI).

        2) En. Mohd Azmi bin Mohd Yusof,Timbalan Ketua Pengarah (Permuziuman)



                                                           106
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87