Page 78 - MQA DOKUMEN
P. 78
Ijazah Sarjana Doktor Falsafah sejarah (KUIM)
MQA-02 (Mohon Akreditasi Penuh) JULAI 2017
8.2.4 Pengambilan dan latihan staf akan diurus tadbir oleh pihak pentadbiran berdasarkan kepada unjuran keperluan
staf daripada dekan fakulti. Unit promosi akan membuat aktiviti-aktiviti promosi bagi pengambilan kemasukan
pelajar berdasarkan peruntukan sumber daripada Pejabat Bendahari dan proses pemilihan pelajar tertakluk
kepada fakulti dan pengesahan daripada SENAT KUIM.
8.2.5 Penilaian akan dibuat setiap tahun melalui penilaian prestasi pemimpin program. Bagi ketua jabatan timbalan
dekan merupakan penilai pertama manakala dekan merupakan penilai kedua. Bagi dekan pula, penilai pertama
adalah pengarah akademik dan penilai kedua adalah Timbalan Naib Canselor Akademik, Penyelidikan dan
Inovasi (API).
8.2.6 Pembinaan persekitaran yang kondusif berdasarkan kepada penerapan inovasi dan kreativiti melalui lawatan-
lawatan ke pusat siswazah di IPT dan menyediakan platform cambahan idea dan kreativiti.
8.3 Pengurusan Program
8.3.1 Struktur pentadbiran program ini diketuai oleh seorang Dekan Institut Pengajian Siswazah dan dibantu oleh
seorang Timbalan Dekan untuk urusan Hal Ehwal Akademik. Staf pentadbiran dari Pegawai Tadbir, Penolong
Pegawai Tadbir dan Pembantu Tadbir akan membantu dari sudut pengurusan program bagi memastikan ianya
mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
8.3.2 Bilangan staf pentadbiran ditentukan melalui beban kerja yang diberikan dan tempoh masa yang diperlukan untuk
melakukan sesuatu tugas. Jika tuntutan kerja lebih masa didapati melebihi 1/3 gaji secara berterusan untuk 6
bulan maka penambahan staf diperlukan. Terma dan syarat perkhidmatan adalah mengikut surat tawaran yang
diterima dari Bahagian Pentadbiran.
8.3.3 Jumlah semasa staf pentadbiran (Peringkat Fakulti)
Bil. Nama Jawatan Bil. Bil. Semasa Kelayakan
Diperlukan Minimum
1 Penolong Pegawai 2 1 STPM
Tadbir
2. Pembantu Tadbir 1 1 SPM
8.3.4 Jumlah semasa staf pentadbiran (Peringkat Institut Pengajian Siswazah)
102

