Page 77 - MQA DOKUMEN
P. 77

Ijazah Sarjana Doktor Falsafah sejarah (KUIM)
 MQA-02 (Mohon Akreditasi Penuh) JULAI  2017
 8.1.5   Otonomi yang diberikan ialah mengikut amalan baik KUIM  melalui piawaian atau had (Buku Panduan Pekerjaan
        dan Displin KUIM) yang telah ditetapkan oleh Pengurusan KUIM. Jika ianya menjangkau lebih dari itu maka ianya

        perlu dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Ijazah Tinggi.

 8.1.6   Fakulti akan merujuk kepada  unit alumni dan unit jaringan industri di dalam proses analisis keperluan pasaran dan

        unjuran  kemampuan  mendapatkan  pekerjaan  dalam  proses  pembangunan  dan  penyemakan  program.  Fakulti
        akan mengambil kira perubahan dan penambahbaikan yang perlu ke dalam pembangunan program.


 8.1.7  Setiap jawatankuasa peringkat dalaman melibatkan wakil dari pensyarah sebagai ahli jawatankuasa dan pelajar
        sebagai pembantu. Ini dilakukan kerana ianya sebahagian dari proses pembelajaran terutamanya kepada pelajar.

        Sebagai contoh penglibatan pelajar di dalam penyelidikan samada sebagai penyelidik bersama mahupun sebagai
        pembantu penyelidik, penulisan, penerbitan dan jaringan industri yang melibatkan pihak berkepentingan.


 8.2    Kepimpinan Akademik Program


 8.2.1   Dekan fakulti dilantik melalui kelulusan mesyuarat pengurusan eksekutif (MPE) dan diluluskan  oleh Mesyuarat
        Lembaga Pengarah KUIM.
        Berikut adalah deskripsi tugas Dekan Fakulti:

           i.   Bertanggungjawab  kepada  Timbalan  Naib  Canselor  Akademik, Pembangunan  dan Antarabangsa  (APA)
               bagi menjalankan urusan berkaitan program siswazah.
          ii.   Menentukan struktur program berkenaan.

          iii.   Menentukan kesesuaian kandungan kursus untuk program berkenaan dari masa ke semasa.
          iv.   Membantu dalam mengatur jadual kelas, perjumpaan dan peranan subjek program.
          v.   Menyelaraskan sesi seminar dan bengkel.

          vi.   Mencadang pemeriksa luar untuk dilantik.
         vii.   Mengurus laporan pemeriksa luar.

         viii.   Menilai dan mengemukakan cadangan untuk kemajuan program ini dari masa ke semasa.
          ix.   Bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul di peringkat program berkenaan.
          x.   Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.


 8.2.2    Struktur pengurusan program akademik ini diketuai oleh Dekan Fakulti, dan di bantu oleh Ketua Jabatan Ijazah
          Tinggi. Ketua Jabatan Ijazah Tinggi akan bertanggungjawab dalam proses pembangunan dan pengembangan

          program.  Manakala  penjadualan,  agihan  kursus,  taburan  jam  mengajar  dan  menyelaras  perjalanan  program
          akan dipertanggungjawabkan kepada penyelaras program .


 8.2.3    Ketua  Jabatan  dan  penyelaras  dilantik  melalui  cadangan  Dekan  Fakulti  dan  dibawa  ke  dalam  Mesyuarat
          Pengurusan Eksekutif  untuk kelulusan. Ketua Jabatan dan Penyelaras Program dilantik mengikut kelayakan dan

          kepakaran mereka dalam program pengajian berkenaan.


                                                           101
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82