Page 81 - MQA DOKUMEN
P. 81
Ijazah Sarjana Doktor Falsafah sejarah (KUIM)
MQA-02 (Mohon Akreditasi Penuh) JULAI 2017
9.1 Penambahbaikan Kualiti
9.1.1 Fakulti sentiasa menyokong dasar, tatacara dan mekanisme KUIM dalam melakukan semakan dan
pengemaskinian struktur, fungsi, strategi dan aktiviti terasnya dengan kerap dalam memastikan penambahbaikan
kualiti yang berterusan. Hal ini ditunjukkan juga dengan pelaksanaan aktiviti semakan dan pemantauan mengikut
perancangan yang telah ditetapkan. Ahli jawatankuasa program dan pensyarah bertanggungjawab terhadap
penambahbaikan kualiti di fakulti. Di samping itu juga dengan perlantikan ahli-ahli Akademik dari rakan IPT untuk
menganggotai Jawatankuasa Panel Kajian, Jawatankuasa Pengajian dan Kualiti, Senat dan Profesor Pelawat
KUIM ia membantu KUIM untuk memastikan objektif program tercapai.
9.1.2 Antara pihak berkepentingan yang dirujuk dalam proses pemantauan dan penyemakan program adalah
pensyarah, pelajar, majikan, industri dan panel kajian. Maklum balas yang diberikan oleh pihak berkepentingan
tersebut secara langsung dan tidak langsung akan diambil kira dalam penambahbaikan program.
9.1.3 Penambahbaikan kualiti berterusan di fakulti berkaitan dengan semakan dan pengemaskinian misi, struktur dan
aktivitinya mengikut keperluan semasa.
9.1.4 Semakan semula dilakukan sekurang-kurangnya dua kali tahun.
9.1.5 Fakulti mempertimbangkan maklumat berkaitan dasar-dasar KPT-MQA serta KUIM dan permintaan/pasaran
kerjaya berkaitan bidang program ini bagi memastikan fakulti sentiasa responsif terhadap perubahan
persekitaran.
9.1.6 Penyelaras Kualiti dan Akreditasi merupakan individu yang bertanggungjawab membantu dan menyelaras
aktiviti-aktiviti yang melibatkan jaminan kualiti dalaman mengikut kehendak polisi kualiti KUIM.
9.1.7 Fakulti melaksanakan kajian pasaran sebelum menawarkan program ini dan mengambil pandangan panel kajian
luar dan cadangan ahli panel SENAT KUIM sebagai satu budaya kualiti.
BAHAGIAN D : LAPORAN PENILAIAN KENDIRI PROGRAM
1.0 Kekuatan Program
Kekuatan program ini dilihat dari sudut peranannya sebagai laluan kepada pemegang ijazah sarjana dalam bidang
sejarah untuk menguasai kaedah dan mekanisme yang sesuai dalam penyelidikan bidang sejarah serta dapat
memperkukuhkan kefahaman berkaitan penyelidikan dan penulisan sejarah yang sebenar yang akhirnya bakal
memberikan manfaat dan impak kepada pengkajian yang dilakukan.
105

