Page 10 - Buku Skrap Kesenian 2021, Ashley Belle Chloe Linus, 6 Inovatif
P. 10
ASHLEY BELLE CHLOE LINUS KELAB KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
6 INOVATIF
2021 SK BAHANG, PENAMPANG
Tuhau
Umbut tepus atau Tuhau dalam Bahasa Kadazan merupakan sejenis
sayur beraroma yang berasal dari keluarga Zingiberaceae. Ia mempunyai bau
serta rasa yang agak masam dan seakan – akan halia.
Tuhau merupakan sejenis tumbuhan yang dijadikan sebagai hidangan
tradisional masyarakat Kadazan. Tuhau juga dikenali dengan nama
saintifiknya E.coccinea. Ia banyak terdapat di kawasan Tambunan, Ranau
dan Keningau, Sabah.
Kebiasaannya batang tuhau yang baru akan diambil, dihiris atau
dihancurkan. Tuhau juga boleh dijerukkan dengan mencampurkannya dengan
cili, cuka serta perahan jus limau, garam dan gula. Ia boleh dimakan bersama
ikan bakar, ikan goreng serta ikan masin.
Tuhau ini boleh dihidang sebagai makanan tambahan pada bila-bila
masa sahaja. Malah, ia juga dimakan bersama sup ikan, atau dimasak
bersama ayam ataupun daging.
Tuhau dikatakan dapat mengurangkan tekanan darah tinggi serta
dapat mencuci darah yang kotor. Malah, ia dikatakan mempunyai serat yang
tinggi dan bagus untuk kesihatan.
Tuhau mudah didapati di pasar – pasar tamu atau pasar basah
samada dalam bentuk sambal, jeruk atau serunding. Ia turut digunakan
sebagai perencah dalam masakan tradisional Sabah.
8

