Page 9 - Buku Skrap Kesenian 2021, Ashley Belle Chloe Linus, 6 Inovatif
P. 9

ASHLEY BELLE CHLOE LINUS                           KELAB KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
                   6 INOVATIF
                   2021                                                        SK BAHANG, PENAMPANG
                                                     Bosou



                   Bosou atau dikenali sebagai Tonsom ini juga merupakan salah satu hidangan
                   tradisional bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah. Ia seakan pekasam atau

                   jeruk. Biasanya ia dihasilkan dari ikan Kepayang ataupun daging mentah hasil
                   dari pemburuan di hutan.





















                   Ikan atau daging mentah yang digunakan akan digaul bersama nasi putih,
                   garam, serta buah – buahan yang terdiri dari buah nangka, nenas muda serta

                   tuhau bagi penambah perisa. Ia juga boleh dicampur dengan batang pisang

                   atau polod. Sekiranya nasi yang dicampurkan baru masak, ia perlu dibiarkan
                   sehingga mencapai suhu bilik terlebih dahulu. Bosou ini juga dicampurkan

                   dengan pangi sebagai bahan pengawet yang boleh mengelakkan bosou
                   menjadi basi dan berbau busuk. Kesemua campuran ini akan diperam dalam

                   bekas dan ditutup rapat selama seminggu atau sehingga ia benar – benar
                   telah masak sebelum boleh dimakan.




                          Bekas penyimpanan bosou perlulah yang kedap udara kerana ia
                   memiliki bau yang agak kuat. Ini supaya dapat mengelakkan ia dicemari lalat

                   serta pertumbuhan fungi. Biasanya bekas menyimpan bosou ini berbentuk
                   labu yang ditutup dengan menggunakan lilin lebah.



                   Secara tradisinya, bosou disimpan dalam kakanan (tajau), namun kini ia

                   disimpan di dalam botol kaca atau bekas plastik. Bosou boleh dimakan begitu

                   sahaja atau juga dimasak terlebih dahulu bagi menghilangkan baunya yang
                   kuat. Ia boleh dimasak bersama bawang, cili serta bahan lain sebagai

                   penambah perisa.




                                                                                                     7
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14