Page 46 - Buku Skrap Kesenian 2021, Ashley Belle Chloe Linus, 6 Inovatif
P. 46
ASHLEY BELLE CHLOE LINUS KELAB KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
6 INOVATIF
2021 SK BAHANG, PENAMPANG
Erhu
Erhu dikategorikan sebagai alat Kordofon. Ia merupakan sejenis alat muzik
gesekan bertali dua. Erhu adalah di antara alat muzik paling popular dalam
keluarga Hu-qin di China.
Badan Erhu digilap dengan rapi dan di bahagian hujungnya berbentuk naga
sementara di bahagian bawahnya ialah kotak bunyi yang dipasangkan
dengan kulit ular. Di dalam Orkestra Cina, Erhu terbahagi kepada dua
iaitu Erhu abad pertama dan abad kedua atau ringkasnya
dipanggil Erhu pertama dan kedua.
Liu Qin
Liu Qin adalah alat muzik dalam kategori Kordofon. Ia merupakan alat muzik
bertali yang dipetik seperti Pipa kecuali ia bersaiz lebih kecil dan bunyi seperti
sebuah Mandolin. Liu Qin dipetik dengan satu alat pemetik yang diperbuat
daripada tanduk tetapi sekarang alat pemetik ini diperbuat daripada plastik. Ia
digunakan juga untuk mengiringi Opera Cina dan nyanyian rakyat .Selain itu,
ia digunakan untuk memainkan not-not yang tinggi di dalam Orkestra Cina
44

