Page 59 - Buku Teks ASK Tingkatan 3 (KSSM)
P. 59
Kriptografi dalam Keselamatan Data 2.1
Pemilihan kaedah sifer yang sesuai untuk mesej yang mempunyai tahap
2.7 kerahsiaan rendah.
Salim dan Hock Chuan ialah rakan sekelas. Mereka saling membantu semasa mengulang
kaji pelajaran. Mereka juga selalu berkomunikasi melalui mesej yang dihantar di dalam
kelas untuk menetapkan masa mengulang kaji pelajaran. Setelah mereka mempelajari
kaedah-kaedah sifer, mereka ingin menyulitkan mesej mereka kerana tidak ingin diganggu
semasa mengulang kaji.
Penentuan tahap kerahsiaan:
1. Mesej yang perlu disulitkan ialah tempat dan masa mengulang kaji. Tahap kerahsiaan
adalah rendah.
2. Masa untuk menyulit dan menyahsulit mesej tidak boleh mengambil masa yang
lama kerana dilakukan di dalam kelas.
Pilihan kaedah sifer yang sesuai ialah kaedah Reverse cipher. Hal ini kerana kaedah ini boleh
dilakukan dengan mudah tanpa kegunaan kunci.
Pemilihan kaedah sifer yang sesuai untuk mesej yang mempunyai tahap
2.8 kerahsiaan sederhana.
Cikgu Faizal mengadakan mesyuarat tentang pemilihan pengawas sekolah bersama-sama
dengan beberapa orang guru. Keputusan mesyuarat yang diperoleh perlu disimpan sebaiknya
sehingga hari perhimpunan sekolah. Cikgu Faizal memasukkan nama-nama pengawas yang
terpilih di dalam satu fail. Nama fail tersebut disulitkan supaya tidak ada sesiapa yang
mengetahui bahawa fail tersebut mengandungi nama-nama pengawas yang terpilih.
Penentuan tahap kerahsiaan:
Mesej yang perlu disulitkan ialah nama fail yang mengandungi nama-nama pengawas.
Tahap kerahsiaan adalah sederhana.
Pilihan kaedah sifer yang sesuai ialah kaedah Caesar Cipher atau Rail Fence Cipher yang
mempunyai kunci.
49

