Page 14 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 14

Bentuk Badan Semasa Layangan



                 Terdapat pelbagai jenis bentuk  badan yang boleh  dilakukan semasa  layangan
                 di atas trampolin antaranya ialah posisi tuck, pike dan straddle. Berikut adalah
                 butiran lakuannya.
                 Lompatan



                 1.  Lompatan Tuck

                    •  Berdiri tegak di atas trampolin dengan kaki dirapatkan.
                    •  Mengenjut beberapa kali untuk mendapatkan momentum.
                    •  Lompat berulang kali.
                    •  Pada ketinggian layangan yang sesuai, fleksi
                      lutut dan rapatkan ke dada.
                    •  Tangan memegang bahagian bawah lutut.
                    •  Kembali ke posisi asal.






                 2.  Lompatan Pike
          Gimnastik Asas
                    •  Berdiri tegak di atas trampolin dengan kaki dirapatkan.
                    •  Mengenjut beberapa kali untuk mendapatkan momentum.
                    •  Lompat berulang kali.
         1
                    •  Pada ketinggian layangan yang sesuai,
                      fleksi pinggul dengan kaki diluruskan.
                    •  Kembali ke posisi asal.





                 3.  Lompatan Straddle

                    •  Berdiri tegak di atas trampolin dengan kaki dirapatkan.
                    •  Mengenjut beberapa kali untuk mendapatkan momentum.
                    •  Lompat berulang kali.
                    •  Pada ketinggian layangan yang sesuai, kaki dikangkangkan.
                    •  Kembali ke posisi asal.




                      1. Bincangkan cara anda mengekalkan kawalan badan semasa layangan?
                      2. Jelaskan cara menghasilkan lantunan yang tinggi?
                      3. Mengapakah ketinggian layangan perlu untuk melakukan bentuk badan yang berbeza?
                      4. Huraikan langkah-langkah untuk menghentikan layangan?


                 6                                                                 1.1.1, 2.1.1, 2.1.2, 2.1.3, 5.1.3
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19