Page 86 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 86

Sejarah Olahraga




                 Olahraga merupakan salah satu sukan tertua  di dunia. Pada tahun 776
                 Sebelum  Masihi, Sukan Olimpik Kuno  telah  dilangsungkan di   Greece  Kuno.
                 Acara pertama yang dipertandingkan dalam kejohanan tersebut  adalah
                 lompat  jauh. Sukan olahraga terus  mendapat  tempat  apabila menjadi
                 acara  wajib dalam Sukan  Olimpik Moden. Pada tahun 1956,  Malaysia
                 atau  pada  ketika itu  dikenali  sebagai  Malaya telah  menghantar kontinjen
                 untuk menyertai Sukan Olimpik buat pertama kali  di Melbourne, Australia.
                    Pada tahun 1906, Perak Athletics Association (PAA) buat pertama kalinya telah
                 menganjurkan pertandingan olahraga di Ipoh, Perak secara formal dan teratur.
                 Menerusi pertandingan-pertandingan olahraga yang dianjurkan oleh persatuan-
                 persatuan negeri, Malaya telah mempunyai barisan atlet dan telah mengorak
                 langkah dengan menghantar pasukan olahraga untuk menyertai pertandingan
                 Empire’s Games di Cardiff, Great Britian, kemudiannya dikenali sebagai Sukan
                 Komanwel. Seterusnya pada tahun 1962, Malaysia telah menghantar pasukan
                 olahraga untuk menyertai Kejohanan Sukan Asia kali ke-4 di Jakarta. Pada
                 tahun 1998, Malaysia telah menjadi tuan rumah kejohanan sukan yang berprestij
                 iaitu Sukan Komanwel yang melibatkan ramai jaguh antarabangsa bertanding.
                    Di peringkat sekolah di Malaysia, kejohanan olahraga dianjurkan oleh
          Olahraga Asas
                 Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). MSSM ditubuhkan pada
                 tahun 1958 dan telah menganjurkan kejohanan olahraga yang pertama
         5
                 pada  tahun  tersebut.  Semenjak  itu,  kejohanan  olahraga  MSSM  diadakan
                 pada setiap tahun secara bergilir-gilir antara semua negeri di Malaysia dan
                 menjadi medan untuk para atlet sekolah dari seluruh negeri untuk bertanding.












                            Nadi Ilmu
                        Lari  pecut merujuk kepada larian  terpantas yang memerlukan kelajuan yang tinggi dan
                        menggunakan  sistem  tenaga  anaerobik. Acara 100 meter,  200 meter  dan  400 meter  di
                        dikategorikan sebagai acara lari pecut.
                            Acara-acara olahraga yang  dipertandingkan  di  SUKMA  untuk  acara balapan  adalah  100
                        meter 200 meter, 400 meter, 800 meter, 1 500 meter,  5 000 meter, 10 000 meter, 110 meter lari
                        berpagar (lelaki), 100 meter lari berpagar (perempuan), 400 meter lari berpagar, 3 000 meter lari
                        berhalangan, 5 000 meter lumba jalan kaki (perempuan), 10 000 meter lumba jalan kaki, 20 000
                        meter lumba jalan kaki (lelaki), 4 × 100 meter lari berganti, 4 ×400 meter lari berganti, Dekatlon
                        (lelaki) dan Heptatlon (perempuan). Acara padang adalah lompat tinggi, lompat jauh, lompat
                        kijang, lompat bergalah, lontar peluru, lempar cakera, rejam lembing dan baling tukul besi.



                78
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91