Page 91 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 91

01 Pertukaran Baton Gaya Visual
                                01

                  Bagi acara 4 × 400 meter, gaya ini memerlukan pelari berada dalam zon pertukaran
                  baton  ketika pertukaran baton  berlaku. Penerima baton akan menoleh  ke
                  belakang dan memerhatikan pembawa baton. Pembawa baton bertanggungjawab
                  menyerahkan baton ke dalam tangan penerima dengan sebaik mungkin.
















                                     A                                              B


                   Pertukaran baton perlu berlaku dalam zon    Pelari penerima baton akan  menunggu             Olahraga Asas
                   pertukaran tanpa mengganggu                 di  garisan  awal  zon  pertukaran  baton
                   pelari-pelari pasukan lain.                 dengan  menghulurkan dan membuka
                                                               tapak tangan semasa menerima baton.
                             Nadi Ilmu

                          (a)  Pelari pertama akan berlari di lorong yang ditetapkan sehingga tamat.            5
                          (b)  Pelari ke-2 akan berlari di lorong yang ditetapkan sehingga ke garisan memotong
                             masuk untuk masuk ke lorong 1.
                                      3
                          (c)  Pelari ke- dan ke-4 berlari di lorong pertama.
                          Menerima Baton
                           •  Sentiasa berada dalam keadaan bersedia.
                           •  Toleh sambil melihat pelari yang sedang membawa baton.
                           •  Segera hulurkan tangan ke arah pembawa baton dan pastikan penerimaan baton
                             berlaku dalam zon pertukaran.
                           •  Pastikan baton dipegang dengan kemas.
                          Cara Memberi Baton
                           •  Kepantasan larian terus dikekalkan semasa menerima baton.
                           •  Beri isyarat kepada penerima.
                           •  Hulurkan tangan secara lurus semasa penyerahan baton.
                           •  Perhatikan tangan penerima dan letakkan baton tepat pada tapak tangannya.

                               Aktiviti
                             Permainan Pony Ekspress
                             Cara bermain:
                             •  Bahagikan murid kepada empat pasukan.
                             •  Murid berlari membawa utusan dan memberi kepada rakan untuk
                               menyampaikan utusan tersebut kepada panglima tentera.
                             •  Murid bertukar-tukar utusan untuk serahan ke penamat.
                             •  Pasukan yang sampai dahulu dikira pemenang.
                                                                                                        83
   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96