Page 90 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 90

Lari Berganti-ganti



                 Selain acara pecut 100 meter dan 200 meter, murid juga boleh menyertai acara
                 lari berganti-ganti iaitu 4 × 100 meter dan 4 × 400 meter. Dalam acara ini, murid
                 perlu menguasai gaya pertukaran baton dalam acara lari berganti-ganti kerana
                 teknik untuk kedua-dua acara tersebut adalah berbeza.

                        Gaya Pertukaran Baton


                  01 Pertukaran Baton Gaya Tanpa Visual
                                       01
                 Gaya ini sesuai digunakan dalam acara larian berganti-ganti 4 × 100 meter.
















                            A                                B                              C
          Olahraga Asas
                 Pelari penerima baton akan     Sambil memecut pelari              Baton perlu diletakkan
         5
                 memulakan larian apabila       penerima baton akan                betul-betul di tapak
                 pelari pembawa baton           menghulurkan tangan tanpa          tangan pelari penerima
                 melintasi tandaan. Pelari      memandang ke belakang              baton. Pelari pembawa
                 penerima baton boleh berada    apabila mendengar arahan           baton harus kekal
                 dalam kawasan 10 meter ke      daripada pelari pembawa baton.     berada di lorongnya
                 belakang dari zon pertukaran   Pertukaran baton mesti berlaku     selepas selesai
                 baton. Kawasan ini dikenali    dalam zon pertukaran baton.        memberi baton.
                 sebagai zon pecutan.           Ukuran zon pertukaran baton
                                                adalah 20 meter.


                       Nadi Ilmu
                    1.  Pelari pertama perlu mempunyai permulaan         Mengapakah penerima baton
                      yang baik  dan berkebolehan untuk berlari di       perlu berlari sebelum pelari
                      selekoh. Biasanya pelari pertama adalah pelari     pembawa baton tiba?
                      kedua terpantas dalam pasukan.
                    2.  Pelari kedua berkebolehan untuk berlari
                      lurus dengan baik dan berkeupayaan untuk             Tip Selamat
                      menerima baton dengan tangan kiri.
                    3.  Pelari ketiga perlulah berkebolehan untuk        Pemberi baton perlu berada di
                                                                         lorong sendiri selepas memberi
                      berlari di selekoh dengan baik.                    baton untuk mengelakkan
                    4.  Pelari keempat biasanya adalah pelari yang       perlanggaran dengan pelari lain.
                      terpantas dalam pasukan.
                82                                                                     1.7.2, 2.7.2, 5.1.3, 5.3.1
   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95