Page 13 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2
P. 13

1  Bangau                           Tahukah Anda ?

                                                       2  Caping/Koyan          •  Bangau sebagai simbol

                                                                                  semangat dan mencari
                                                    3 Okok                        rezeki di laut.
                                                                                •  Fungsi lain bangau
                                                                                  adalah untuk mengikat
                                                4 Badan                           layar, sauh dan
                                                                                  meletakkan tiang layar.
                                           Gambar foto 1.3  Ragam hias pada     •  Bangau diletakkan di
                                                          badan, bangau, okok     bahagian kiri kepala
                                                          dan caping perahu       atau di hadapan perahu.
                                                          tradisional
                                                                                •  Okok pula terletak
                  Pada bahagian badan perahu terdapat seni ragam hias corak awan   di bahagian kanan
             larat yang menggunakan warna-warna terang. Bangau, iaitu ukiran kayu   hadapan perahu.
             yang diletakkan di hadapan perahu biasanya mempunyai seni ragam
             hias motif flora dan fauna. Fungsi bangau adalah untuk menyangkut
             galah panjang dan pukat di  samping menjadi hiasan. Bahagian caping   iMbAs sAyA
             dan okok juga dihiasi oleh seni ragam hias yang menarik.

                                                                                Cara permainan congkak.
             Seni Ragam Hias Alat Permainan Rakyat
             Alat permainan rakyat juga dikenali sebagai permainan tradisional.
             Alat permainan rakyat ini mempunyai seni ragam hias dengan motif
             yang tertentu. Contoh permainan rakyat yang terkenal ialah wau, gasing    goo.gl/K3yMDe
             dan congkak.







             Wau                          Gasing                        Congkak

             •  Wau ialah warisan budaya    •  Terdapat dua jenis gasing, iaitu  •  Permainan congkak
               yang tinggi nilai estetiknya.  gasing pangkah dan gasing uri.  menggunakan papan kayu
             •  Wau terkenal kerana seni   •  Gasing yang mempunyai seni    berlubang atau lubang di atas tanah.
               ragam hiasnya yang menarik.  ragam hias ialah gasing pangkah. •  Buah congkak biasanya
             •  Motif flora dan awan larat   •  Seni ragam hias terdapat pada   menggunakan biji getah atau guli.
               menghiasi wau yang dihasilkan.   bahagian bahu gasing.   •  Seni ragam hias boleh dilihat
             •  Contoh-contoh wau ialah    •  Seni ragam hias yang biasa   pada badan, kepala, ekor dan
               wau bulan, wau burung dan    digunakan ialah motif flora.  lubang congkak yang biasanya
               wau kucing.                                                menggunakan motif awan larat
                                                                          dan flora.

                               Rajah 1.1  Contoh seni ragam hias pada alat permainan rakyat

             Seni Ragam Hias Alat Domestik
             Alat domestik biasanya berkaitan dengan keperluan harian terutamanya di rumah. Alat-alat seperti
             rehal, kukuran, acuan putu, jebak puyuh, bakul dan nyiru ialah contoh alat domestik tradisional
             yang mempunyai seni ragam hias tertentu.
                                                                                                    5
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18