Page 14 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2
P. 14

Rehal ialah sejenis papan bersilang yang direka         uba ?!
                                 untuk meletakkan al-Quran. Rehal mempunyai         C   Fikirkan
                                 ukiran dan seni ragam hias dengan motif
                                 tertentu. Seni ragam hias yang biasa digunakan
                                 ialah motif flora, geometri dan kaligrafi.    Tahukah anda seni ragam
                                                                               hias atau motif yang
                                                                               terdapat pada ukiran
            Kukuran ialah sejenis alat yang mempunyai mata bergerigi.Kegunaannya   kayu tidak diketahui
            untuk mengukur, mengeruk dan mengikis isi kelapa. Seni ragam hias alat   penciptanya? Mengapakah
            ini terdapat pada bahagian badan yang bermotifkan flora dan        ini boleh berlaku?
            fauna serta awan larat. Bentuk
            ukiran kukuran ini berbeza
            antara satu tempat dengan
            tempat yang lain.                                                        Patriotisme

                                                                              Mempelajari seni ragam
                                                                              hias ialah salah satu
                                  Acuan putu ialah alat untuk membuat kuih    cara kita menilai dan
                                  putu kacang. Seni ragam hias yang biasa     menghargai khazanah
                                  digunakan ialah motif bunga atau daun.      budaya bangsa yang unik.
                                  Kepelbagaian seni ragam hias pada dasar
                                  acuan akan menghasilkan pelbagai bentuk
                                  kuih putu.

             Jebak puyuh ialah alat yang digunakan untuk memerangkap burung
             puyuh. Alat ini mempunyai pelbagai seni ragam hias. Misalnya,
             seni ragam hias yang dihiasi dengan motif flora yang membentuk
             sulur bayung di atas gunungan dan lingkaran yang kompleks.
             Motif gunungan menggunakan teknik tebuk tembus bersilat.

                                 Rajah 1.2  Contoh seni ragam hias pada alat domestik


                 Terdapat beberapa orang tokoh kraf yang menggunakan seni ragam hias dalam penghasilan
           produk  mereka.  Mereka menerapkan  seni  ragam  hias  ini  bagi mengekalkan  identiti  dan
           memartabatkan warisan bangsa.

           Tukang Ulung Perahu Tradisional             Adiguru Wau Tradisional
           •  Hasni bin Ali.                           •  Shafie bin Jusoh.
           •  Lahir pada tahun 1946                    •  Lahir pada tahun 1947
             di Terengganu.                               di Kelantan.
           •  Mewarisi kemahiran                       •  Meminati bidang kraf
             daripada ayahnya.                            wau sejak kecil dan
           •  Menghasilkan pelbagai                       mendapat sokongan
             jenis perahu seperti                         keluarganya.
             Perahu Sekoci, Perahu                     •  Keunikan hasil
             Payang dan Perahu Kolek.                     pembuatannya ialah badan wau berbentuk bulat
           •  Perahu buatannya kaya dengan nilai-nilai    dan seimbang.
             tradisional Melayu.                       •  Dilantik menjadi duta Syarikat Penerbangan
                                                          Malaysia (MAS) dan sering dijemput membuat
                                                          demonstrasi di luar negara.
                      Rajah 1.3  Tokoh kraf yang menggunakan seni ragam hias dalam produk mereka
         6
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19