Page 16 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 2
P. 16

Eksplorasi Seni                                                 Standard Pembelajaran
                                                                             Murid boleh:
                                                                             1.2.1  Mengenal pasti tokoh
           Anda telah mengetahui motif seni ragam hias berkaitan                  seni ragam hias:
           pengangkutan, alat permainan rakyat dan alat domestik dalam            (i)  Pengangkutan
           Persepsi Seni. Lakukan aktiviti dengan menggunakan kaedah stesen       (ii)  Alat permainan
           untuk mengenal pasti tokoh kraf yang menggunakan seni ragam hias          rakyat
           serta motif seni ragam hias pengangkutan, alat permainan rakyat        (iii)  Alat domestik
           dan alat domestik. Kumpulkan maklumat yang diperoleh.             1.2.2  Meneroka motif seni
                                                                                  ragam hias:
                                                                                  (i)  Pengangkutan
                                                                                  (ii)  Alat permainan
                      Aktiviti inkuiRi                                            (iii)  Alat domestik
                                                                                     rakyat


           Tujuan:
           1.  Mengenal pasti tokoh kraf yang menggunakan seni ragam hias dan meneroka motif seni
               ragam hias pengangkutan, alat permainan rakyat dan alat domestik.
           2.  Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman untuk membuat eksperimentasi serta
               penerokaan bagi menghasilkan dokumentasi seni ragam hias pengangkutan, alat permainan
               rakyat dan alat domestik.

           Arahan: Murid dikehendaki membuat carian di laman sesawang, buku rujukan, surat khabar dan
                    majalah tentang tokoh-tokoh kraf yang menggunakan seni ragam hias dan motif seni
                    ragam hias pengangkutan, alat permainan rakyat dan alat domestik.


           Langkah:
           1.  Bahagikan murid kepada tiga kumpulan stesen berikut:
                Kumpulan Stesen A             Kumpulan Stesen B            Kumpulan Stesen C
               Pengangkutan (perahu)      Alat permainan rakyat (wau)  Alat domestik (jebak puyuh)
           2.  Cari maklumat tentang tokoh yang menggunakan seni ragam hias dan motif seni ragam hias
               berdasarkan bidang yang dipilih.
           3.  Gunting gambar foto yang berkaitan. Kumpulkan hasil eksplorasi dan eksperimentasi anda.
           4.  Guru dan murid akan bergerak ke setiap stesen. Ketua kumpulan akan menerangkan
               maklumat yang diperoleh di stesen masing-masing. Catatkan semua maklumat.

                    Jadual 1.1  Contoh tokoh kraf yang menggunakan seni ragam hias dalam produknya
                          Dokumentasi tokoh                          Dokumentasi motif
                                •  Rohani binti Md. Piah.
                                •  Tokoh pembuatan rehal
                                    tradisional dan moden.
                                •  Menggunakan pelbagai
                                    motif seperti geometri,
                                    awan larat dan flora.
                                •  Pernah mempamerkan        Contoh motif geometri yang digunakan
                                    produknya di London.            dalam penghasilan rehal.

         8
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21