Page 203 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 203

PENILAIAN 5





                    B)   Buat ulasan tentang dompet pintar berdasarkan teks.
                    B)  Buat ulasan tentang dompet pintar berdasarkan teks.



                    Harum mekar si bunga cina,
                       Dipetik adik lalu disemat;
                    Dompet pintar sungguh berguna,
                        Kita dididik berjimat cermat.

                    Tutur pendeta lembut bersahaja,
                       Duduk sebentar di atas hamparan;
                    Andai kita boros berbelanja,
                      Dompet bergetar tanda amaran.






                   Menemui  sahabatku,  Ruben,  yang  diingati  selalu.  Saya  berharap  semoga
                   saudara seisi keluarga sihat sejahtera.
                   Saudara,
                        Apa  khabar?  Dalam  kesempatan  ini,  saya  ingin  berkongsi  maklumat
                   tentang suatu ciptaan yang menarik. Ciptaan itu ialah dompet pintar.
                        Dompet pintar ini amat berguna kepada sesiapa yang sukar mengawal
                   perbelanjaan kewangan. Dompet ini akan memberikan amaran jika pemiliknya
                   telah berbelanja melebihi had yang ditetapkan. Dompet ini akan bergetar
                   atau sukar dibuka jika pemiliknya terlalu boros berbelanja. Menarik bukan?
                        Pencipta  dompet  pintar  ini  sungguh  kreatif  dan  inovatif.  Saya  amat
                   kagum akan daya kreativiti dan inovasinya. Beliau mengaplikasikan teknologi
                   Bluetooth dalam penciptaan dompet ini. Dompet ini dapat dihubungkan kepada
                   telefon pintar dan maklumat akaun bank pengguna.
                        Setakat ini sahajalah maklumat yang dapat saya kongsikan. Andai kata
                   saudara  mempunyai  sesuatu  perkara  yang  menarik,  berkongsilah  pula
                   dengan saya.
                        Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada saya untuk saudara sekeluarga.
                   Sekian, terima kasih.
                                                                                             Sahabatmu,

                                                                                                  Imran





                 194
   198   199   200   201   202   203   204   205   206   207   208