Page 202 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 202

PENILAIAN 5





                  A)  Baca petikan. Kemudian‚ pindahkan maklumat.




                  Pasukan penyelidik daripada Jabatan Kejuruteraan Proses & Makanan, Fakulti
                  Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya mencipta mesin
                  pemprosesan nanas 3 dalam 1. Mesin yang boleh beroperasi secara manual
                  dan semiautomatik ini mampu menjimatkan masa dan mengurangkan
                  kos pemprosesan nanas. Oleh itu‚ mesin ini amat berguna kepada para
                  pengusaha buah potong segar, pembuat jem nanas‚
                  kuih-muih dan makanan yang berasaskan nanas.
                       Mesin ciptaan Prof. Madya Dr. Rosnah binti
                  Shamsudin ini mempunyai tiga fungsi utama‚ iaitu
                  mengupas kulit‚ membuang empulur dan memotong
                  buah nanas dalam bentuk kepingan dan kiub. Dengan
                  menggunakan mesin ini‚ para pengusaha dapat
                  mengurangkan kos mengupah pekerja untuk melakukan
                  tugas pemprosesan tersebut.
                       Selain itu‚ penggunaan mesin ini dijamin selamat
                  dan dapat mewujudkan persekitaran kerja yang
                  bersih. Komponen mesin itu pula diperbuat daripada
                  besi tahan karat yang selamat untuk makanan,
                  mudah dikendalikan, menjimatkan tenaga dan kos
                  penyelenggaraan yang murah.
                       Para pengusaha industri kecil dan sederhana seperti
                  penjual nanas segar serta usahawan nanas wajar
                  memanfaatkan kemudahan teknologi ini. Hal ini dikatakan demikian kerana
                  mesin ini dapat meningkatkan pengeluaran dan pendapatan pengusaha.

                                                                              Sumber: www.utusan.com.my




















                                                                                                          193
   197   198   199   200   201   202   203   204   205   206   207