Page 201 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 201
Pemulihan
Tukar ayat di bawah menjadi ayat songsang.
2. Pak Cik Zahari 3. Puan Suzie menerima
1. Sayur Encik Wong
makin segar. berasa sedih kerana bantuan kewangan
botnya rosak. daripada RISDA.
4. Petani itu bangun 5. Bapa Juliana pergi
daripada tidurnya ke pejabat pertanian
pada pukul 5.00 pagi. dengan gembiranya.
Pengayaan
Analisis teks dan kenal pasti ayat songsang. Kemudian, tulis teks semula
dengan ayat susunan biasa.
Pak Cik Silva bangun pada pukul 6.00 pagi. Mengambil tuala mandi beliau.
Pada pukul 7.30 pagi, beliau menunggang motosikal ke kebun cilinya.
Beliau mengambil cangkul dan sabit. Menebas rumput di kebun cili itu beliau.
Pak Cik Silva berehat pada waktu tengah hari. Beliau meneguk air suam dan
makan bekalan yang dibawanya.
Jika ada masa terluang, Pak Cik Silva berjumpa dengan kawan-kawan.
Mereka berbual-bual hingga pukul 2.00 petang. Berbincang tentang tanaman
mereka.
Pada pukul 4.00 petang, Pak Cik Silva pulang ke rumah. Dia membawa cili
dan kubis untuk isterinya. Sedang baring Pak Cik Silva. Menyiang sayur untuk
makan malam isterinya.
176

