Page 200 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 200
Bacaan Luas
Taman Agroteknologi MARDI Langkawi
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian
Malaysia (MARDI) telah mengasaskan Taman
Agroteknologi MARDI Langkawi (TATML) pada tahun
1990. Keluasan taman ini kurang lebih 25 hektar.
Taman ini terletak di Jalan Padang Gaung, Lubuk
Semilang, Langkawi. Kedudukan taman ini sangat
strategik. Masa perjalanan dari Lapangan Terbang
Antarabangsa Langkawi ke taman ini hanya 10 minit.
TATML dibina untuk dijadikan pusat pemindahan
teknologi dan maklumat yang berkait dengan
industri pertanian. Selain itu, taman ini juga direka sebagai pusat
taman ini juga direka sebagai pusat
ekopelancongan.
Banyak keistimewaan TATML. Antara tarikan utamanya termasuklah
pusat teknologi maklumat. Semua maklumat tentang agroteknologi diperoleh
di sini. Selain itu, dusun buah-buahan tempatan, kebun sayur berteknologi tinggi
dan kawasan rekreasi juga terdapat di taman ini.
Sebanyak 20 jenis pokok buah tropika ditanam di TATML. Buah-buahan ini
menjadi tarikan pengunjung. Antara pokok buah yang ditanam di sini termasuklah
durian, rambutan, pulasan, belimbing, markisah, limau bali, mempelam harum
manis dan ciku.
Bufet buah-buahan juga disajikan kepada pelancong. Oleh itu, pelancong
dapat menikmati keenakan buah-buahan sambil menjamu mata dengan
melihat keindahan landskap TATML. Selain itu, pelancong juga mendapat
maklumat yang betul tentang buah-buahan daripada pemandu pelancong.
Kini, Taman Agroteknologi MARDI
Langkawi menjadi tumpuan pelancong.
Langkawi menjadi tumpuan pelancong.
000
70
pelancong
Sebanyak 70 000 orang pelancong
Sebanyak
orang
berkunjung ke taman ini setiap tahun
berkunjung ke taman ini setiap tahun
yang melibatkan 85 peratus pelancong
yang melibatkan 85 peratus pelancong
antarabangsa dan 15 peratus pelancong
antarabangsa dan 15 peratus pelancong
tempatan.
Sumber: www.tatml.mardi.gov.my
Maklumat !
Agroteknologi bermaksud
Membina ayat songsang berdasarkan petikan dan gambar. teknologi yang berkaitan
dengan pertanian.
175

