Page 199 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 199
Ayat Songsang
Hilangnya Duka
Ayat susunan biasa Ayat susunan songsang
Situasi di bangsal ketam nipah Pak Abu
Pak Abu musykil sejak semalam.
Ketam-ketam itu tidak bertelur. Ketam
nipah Pak Abu kelihatan makin lemah.
Situasi di pejabat pertanian
Encik Zakaria membawa Pak Abu berjumpa
dengan pegawai pertanian pada pagi tadi.
Pegawai itu menyambut mereka dengan
tangan terbuka. Pak Abu mendapat khidmat
nasihat dan menerima bantuan makanan
ketam, iaitu ikan baja.
Pak Abu kembali ke bangsal ketam
nipahnya dengan wajah yang ceria. Pak Abu
memberikan makanan mengikut peraturan.
Ketam nipah Pak Abu kembali cergas
selepas beberapa minggu. Pak Abu amat
gembira sekali apabila melihat perubahan
ketam nipahnya di dalam petak PVC.
Pak Abu memantau ketam nipahnya dari
tengah malam hingga awal pagi.
Situasi di bangsal ketam nipah Pak Abu
Ketam nipah Pak Abu telah matang. Pak Abu
menjual ketam nipahnya kepada pelanggan.
Pak Abu sangat gembira sekali. Dia berjaya
kerana mengikut nasihat pegawai pertanian itu.
Maklumat !
PVC ialah sejenis bahan plastik yang digunakan
untuk membuat barang-barang seperti kasut,
pembalut sofa, pakaian dan sebagainya.
Aktiviti
Membina ayat songsang berdasarkan petikan dan gambar.
Murid membaca ayat dan memahaminya.
174
5.3.1
PK: Nilai Murni – Kegigihan Ilmu – Reka Bentuk dan Teknologi
Strategi P & P: KB – Menganalisis Pembelajaran Kontekstual

