Page 198 - BUKU TEKS TAHUN 6
P. 198

Menulis
                                           Susah Dahulu Senang Kemudian

                    “Amar, dengarlah cerita ayah ini sebagai teladan,” pesan Encik Zakaria.
                        Pada suatu petang, tatkala Ragupathy asyik mendengar lagu klasik melalui
                    saluran  radio  klasik,  tiba-tiba  dia  tertarik  akan  satu  iklan.  Penyampai  radio
                    itu telah memberitahu bahawa satu kursus khas akan diadakan oleh pihak
                    jabatan pertanian. Maklumat itu terngiang-ngiang di telinganya sehingga dia
                    terlelap di sofa  usangnya.
                          Keesokan  harinya,  dia  mengikuti  kursus  menternak  lebah.  Dengan
                    berbekalkan tanah sekangkang kera pemberian ayahnya dan tulang empat
                    keratnya,  dia  mula  menternak  lebah  jenis  Trigona.  Lebah  ini    juga  dikenali
                    sebagai  lebah  kelulut  yang  tidak  bersengat  serta  tidak  berbahaya  kepada
                    manusia.
                        Ragupathy menyediakan 700 kotak untuk dijadikan sarang kelulut. Dia juga
                    menanam pelbagai jenis tumbuhan yang mengeluarkan nektar di tanahnya.
                    Nektar itu penting untuk kelulut menyedutnya bagi  menghasilkan madu.
                        Kini,  dia  berjaya  menuai  hasil  kerana  kelulutnya  dapat  mengeluarkan
                    madu  sebanyak  200  hingga  600  gram  pada  musim  biasa  dan  800  gram
                    hingga 1.8 kilogram pada musim bunga. Harga pasaran runcit madu kelulut
                    ialah RM240.00 sekilogram. Harganya tiga kali ganda lebih mahal daripada
                    madu  lebah  biasa.  Hasilnya,  Ragupathy  memperoleh  pendapatan  antara
                    RM4000.00 hingga RM5000.00 sebulan.
                        “Amar, ulaskan perwatakan Encik Ragupathy dan keistimewaan kelulut
                    itu, ” minta ayah Amar.
                        “Ayah, Encik Ragupathy seorang  ,” ulas Amar.





















                           Aktiviti

                              Menulis ulasan dengan menggunakan ayat yang gramatis.


                              Murid membaca teks untuk mendapatkan maklumat.
                                                                                                          173
                     3.9.1
                            PK: Nilai Murni – Tekun                    Ilmu – Keusahawanan
                            Strategi P & P: KB – Mensintesis           Pembelajaran Konstruktivisme
   193   194   195   196   197   198   199   200   201   202   203