Page 49 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 49
model teradun adalah lebih tinggi daripada jumlah min skor ujian pos kawalan kendiri bagi
murid yang menggunakan kaedah konvensional.
Jadual 1.8
Min Skor Ujian Pos Kawalan Kendiri Dan Ralat Piawai Bagi Setiap Kaedah Pembelajaran
Pemboleh ubah bersandar: Jumlah Min Skor Ujian Pos Kawalan Kendiri
95% Sela Keyakinan
Kaedah Pembelajaran Min Ralat Piawai Had Bawah Had Atas
a
Model Station Rotation 33.580 .365 32.858 34.302
a
Model Lab Rotation 30.769 .327 30.121 31.417
a
Model Flipped Classroom 34.649 .359 33.938 35.359
a
Konvensional 29.334 .354 28.634 30.034
a. Dinilai berdasarkan kovariat dalam model: Jumlah Min Skor Pra Kawalan Kendiri = 26.61
Jadual 1.9 menunjukkan kesan utama kaedah pembelajaran menggunakan tiga model
kaedah teradun dan kaedah konvensional adalah signifikan dengan nilai F (3,127) = 44.49, min
kuasa dua = 3.91, p = 0.00. Darjah kekuatan hubungan (effect size) di antara kaedah
pembelajaran dan jumlah min skor ujian pos kawalan kendiri ditunjukkan oleh nilai eta kuasa
dua separa. Nilai eta kuasa dua separa adalah .51. Ini bermaksud hubungan antara kaedah
pembelajaran dan jumlah min skor ujian pos kawalan kendiri adalah tinggi. Ini bermaksud
kaedah pembelajaran menjelaskan 51% daripada varians jumlah min skor ujian pos kawalan
kendiri, setelah jumlah min skor ujian pra kawalan kendiri 1 dikawal secara statistik.
Berdasarkan hasil dapatan analisis, hipotesis nol 1(c) yang menyatakan tidak terdapat
perbezaan min yang signifikan terhadap kawalan kendiri murid dalam tiga model kaedah
pembelajaran teradun dan pembelajaran konvensional adalah ditolak.
Jadual 1.9
Kesan Utama Kaedah Pembelajaran Terhadap Min Skor Ujian Pos Kawalan Kendiri
Pemboleh ubah bersandar : Min Skor Ujian Pos Kawalan Kendiri
Sumber Jumlah Kuasa D.K Min F Sig Eta Kuasa
Dua Jenis III Kuasa Kuasa Cerapan a
Dua Dua
Model Diperbetulkan 534.574 4 133.643 34.190 .000 .519 1.000
a
Pintasan 649.190 1 649.190 166.084 .000 .567 1.000
Min Skor Ujian Pra 14.261 1 14.261 3.648 .058 .028 .474
Kawalan Kendiri
Kaedah Pembelajaran 521.659 3 173.886 44.486 .000 .512 1.000
Ralat 496.419 127 3.909
Jumlah 136135.000 132
Jumlah Diperbetulkan 1030.992 131
PERBINCANGAN
Kesediaan Pembelajaran Terarah Kendiri Murid Dalam Tiga Model Pendekatan
Pembelajaran Teradun
Hasil keputusan kajian menunjukkan bahawa kesediaan menjalankan pembelajaran
terarah kendiri adalah signifikan bagi murid dalam pendekatan teradun khususnya model
Flipped Classroom, diikuti dengan model Station Rotation, model Lab Rotation. Menurut
kajian Akyuz dan Samsa (2009); Picciano (2009), pendekatan teradun akan berjaya sekiranya
aktiviti dan persekitaran pembelajaran yang sesuai disediakan. Aktiviti pembelajaran dengan
40

