Page 38 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 38

Kementerian  Pendidikan  Malaysia.  Oleh  itu,  pembelajaran  abad  ke-21  dibentuk  dan
               diperkenalkan iaitu penyelesaian masalah, kemahiran berfikir aras tinggi, kolaboratif, refleksi
               dan kemahiran teknologi (Trisnawati & Sari, 2019). Maka sudah tiba masanya pihak-pihak
               yang ada kaitan dengan institusi pendidikan menyediakan ekosistem pembelajaran yang betul
               yang dapat menggalakkan pemikiran kreatif dalam kalangan guru dan murid untuk mencapai
               lonjakan saujana seperti mana yang disebutkan dalam Buku Panduan Transformasi Daerah
               (Mohamad, 2016).
                       Menurut  Lemke, enGauge 21st century skills  (2002), PAK21  mampu menyediakan
               generasi  muda  untuk  menghadapi  kemungkinan-kemungkinan  yang  bakal  dihadapi  dalam
               masyarakat industri, ekonomi global, kebanjiran teknologi tinggi dan canggih yang sentiasa
               berubah serta penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat
               sejagat.  Mengikut  Noordiana  dan  Zamri  Mahamod  (2017)  pembelajaran  abad  ke-21
               menghasilkan warga negara global yang mempunyai kemahiran, pengetahuan, dan motivasi
               untuk  menangani  isu-isu  kemanusiaan  dan  persekitaran  yang  mampan  serta  mampu  saling
               hormat-menghormati  dan  terbuka  kepada  dialog.  Walaupun  demikian,  Sofiana  dan  Zamri
               (2019) menyatakan bahawa sekolah kita masih terus mendidik para pelajar dengan cara lama
               iaitu dengan menggunakan strategi pengajaran yang pelajar tidak faham. Menurut Hussein dan
               Sani (2016) pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan oleh sebahagian guru pada masa
               kini adalah masih berpusatkan guru.
                           Seterusnya, menurut Mantihal dan Maat (2017) pelajar yang mendapat pengetahuan
               akademik  dan  konsep  kendiri  yang  tinggi  akan  cemerlang  dan  bermotivasi  untuk  berjaya
               dibantu oleh pihak guru di sekolah. Pendapat ini juga adalah selaras dengan kenyataan Shafee
               dan Gharifekr (2019) yang menjelaskan bahawa pihak guru mempunyai perkaitan yang rapat
               dalam membantu mencapai matlamat sekolah terutamanya peningkatan prestasi murid dalam
               pelajaran. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2015), seseorang guru abad ke-21 perlu
               memiliki  ciri-ciri  berikut  iaitu  menguasai  subjek  seperti  kandungan  kurikulum,  mahir  dan
               berketerampilan  dalam  pedagogi,  perlu  memahami  perkembangan  murid  dan  menyayangi
               mereka,  memahami  psikologi  pembelajaran,  memiliki  kemahiran  kaunseling  dan
               menggunakan teknologi terkini. Justeru, peranan pentadbir serta efikasi kendiri guru sekolah
               harus dijadikan sebagai garis panduan untuk sekolah di negara ini untuk menggerakkan sekolah
               ke  arah  membangunkan  pembelajaran  abad  ke-21.  Oleh  yang  demikian,  tanggungjawab
               bersama  dan  kerjasama  antara  pentadbir  sekolah  dan  guru  perlu  diutamakan  untuk
               merealisasikan  aspirasi  bagi  mencapai  keempat-empat  komponen  yang  ternyata  dalam
               kerangka PAK21.


               Kerangka Konseptual Kajian

               Berikut dijelaskan pula kerangka konseptual kajian yang menggambarkan bagaimana bentuk
               kajian yang dilaksanakan.


                  PERANAN PENTADBIR                                         PELAKSANAAN
                                                                        PEMBELAJARAN ABAD
                                                                                KE-21
                  EFIKASI KENDIRI GURU

                                          Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian



                                                           28
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43