Page 39 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 39
METODOLOGI
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini adalah berbentuk kajian kuantitatif iaitu reka bentuk tinjauan yang dijalankan
dengan menggunakan kaedah deskriptif.
Populasi dan Sampel Kajian
Populasi kajian ini terdiri daripada guru sekolah rendah di Negeri Sabah. Sampel kajian terdiri
daripada 360 orang guru yang dipilih melalui teknik pensampelan rawak mudah.
Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set soal selidik yang dibahagi kepada empat
bahagian penting iaitu bahagian A, B, C, dan D. Bahagian A merangkumi butiran dan
maklumat yang berkaitan dengan demografi responden. Bahagian B merangkumi peranan
pentadbir yang mengandungi 14 item. Bahagian C akan mengukur efikasi kendiri guru yang
mengandungi 15 item dan Bahagian D mengukur pelaksanaan pembelajaran abad ke -21 yang
mengandungi 20 item. Kajian rintis telah dijalankan dan data telah dianalisis menggunakan
perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 22.0. Hasil kajian menunjukkan
nilai Alpha Cronbach (α) purata bagi item-item peranan pentadbir ialah 0.882, efikasi kendiri
guru 0.901 dan pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 ialah 0.847.
Penganalisisan Data
Dapatan dilaporkan dalam bentuk statistik deskriptif iaitu min digunakan untuk menganalisis
pemboleh ubah-pemboleh ubah seperti peranan pentadbir sekolah, efikasi kendiri guru dan
pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 berdasarkan Skala Likert Lima Mata. Penentuan tahap
tinggi, sederhana dan rendah adalah seperti dalam jadual 1. Sementara itu statistik inferens
seperti Ujian-t dan ANOVA satu hala digunakan untuk mengenal pasti perbezaan dan Korelasi
Pearson-r digunakan untuk mengenal pasti perkaitan.
Jadual 1
Interpretasi Skor Min
Julat Nilai min Tahap
1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.67 Sederhana
3.68 – 5.00 Tinggi
Sumber: Mohd. Majid (2004: 145)
29

