Page 45 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 45

dengan pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan guru di Sabah pada tahap yang
               tinggi.

               Hubungan Efikasi Kendiri Guru Dengan Pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21

               Keputusan  kajian  mendapati  hipotesis  nul  kajian  gagal  untuk  diterima.  Hipotesis  nul
               menunjukkan  tidak  terdapat  hubungan  yang  signifikan  antara  efikasi  kendiri  guru  dengan
               pelaksanaan  pembelajaran  abad  ke-21.  Didapati  nilai  pekali  korelasi,  r  bagi  antara  efikasi
               kendiri guru dengan pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 adalah bersamaan dengan 0.818**.
               Ini  menunjukkan  korelasi  yang  tinggi.  Memandangkan  nilai  p  =  0.001  adalah  lebih  kecil
               daripada 0.05 maka hipotesis ini gagal untuk diterima. Ini bermakna terdapat hubungan yang
               signifikan  antara  efikasi  kendiri  guru  dengan  pelaksanaan  pembelajaran  abad  ke-21.  Oleh
               kerana  keputusan  ujian  korelasi  menunjukkan  terdapat  hubungan  yang  signifikan,  maka
               dengan  ini  dapat  dirumuskan  bahawa  terdapat  hubungan  yang  signifikan  di  antara  efikasi
               kendiri guru dengan PAK21 dalam kalangan guru di sekolah rendah di Sabah pada tahap yang
               tinggi.

                                                    KESIMPULAN

               Kajian ini mendapati bahawa peranan pentadbir dan efikasi kendiri guru adalah penting untuk
               menjayakan pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 di sekolah. Data dari analisis menunjukkan
               sokongan  kuat  bahawa  kesemua  faktor  di  atas  adalah  sama-sama  dominan  dalam
               menyumbangkan pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 di sekolah dalam kalangan responden.
               Kajian  ini  dapat  memperlihatkan  fenomena  sebenar  PAK21  di  sekolah  yang  banyak
               dipengaruhi oleh peranan pentadbir dan efikasi kendiri guru. Pihak KPM perlu mengutamakan
               aspek peranan pentadbir dan efikasi kendiri guru dalam proses pemilihan guru besar serta guru
               melalui  ujian-ujian  dan  juga  melaksanakan  program  profesional  secara  berterusan  kepada
               pentadbir  dan  guru  -guru  lama  untuk  meningkatkan  tahap  efikasi  kendiri  seperti  sistem
               mentoring di antara guru lama dan baru. Pihak pentadbir memainkan penting dalam membina
               iklim yang berkualiti untuk membolehkan guru melaksanakan PAK21 secara berterusan.
                         Kajian  ini  secara  umumnya  telah  menunjukkan  bahawa  terdapat  hubungan  antara
               peranan  pentadbir  dan  efikasi  kendiri  guru  dengan  pelaksanaan  pembelajaran  abad  ke-21.
               Dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa peranan pentadbir dan efikasi kendiri guru adalah
               penting  dalam  pelaksanaan  pembelajaran  abad  ke-21.  Efikasi  kendiri  adalah  penting  bagi
               seseorang guru kerana kepercayaan yang ada dalam diri akan mempengaruhi pemikiran dan
               kemampuannya  untuk  melaksanakan  PAK21.  Oleh  yang  demikian,  kerjasama  dari  semua
               pihak amat diperlukan serta berusaha dan mengamalkan PAK21 dalam semua peringkat di
               sekolah untuk merealisasikan matlamat PPPM 2013-2025.


                                                       RUJUKAN

               Ali, A. J., & Mohamed, I. (2019). Amalan pengupayaan dan autonomi guru dalam
                       Pembelajaran dan pemudahcaraan abad ke 21. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 6(1),
                       49-58.
               Barnett, A. M. (2011). The impact of transnational leadership style of the school
                       principal on school   learning environments and selected teacher outcomes. (Doctoral
                       Dissertation). Sydney: University of Western.
               Brewster, C. (2018). Building trusting relationship for school improvement: implications
                       for principals and teachers. Northwest Regional Educational Laboratory.
                                                           35
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50